Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 6, 2016

KERABAT DIRAJA DI YALA YANG HIDUP DALAM KEADAAN DOIF

KERANAT DIRAJA DI YALA YANG HIDUP DALAM KEADAAN DOIF.
Kisah menarik dan sedih dari Yala. Kami melawat kerumah kerabat diraja Yala. Namanya Tengku Muhammad. Kisah lamanya tidak sempat ditanya. Bila kami melihat keadaan rumahnya. Dapur, tempat tidur. Sedihnya. Tengku ini menumpang tinggal ditanah orang lain. Bersamanya isteri dan 2 orang cucu. Cucu mereka anak yatim piatu. Memgikut cerita jiran sebelah tiada yang pedulikan pakcik dan cucu nya ini. Mahu pun imam kampung pun tidak ambil tahu. Jiran sebelah lah tempat bergantung. Diberi sedikit gulai tiap kali mereka memasak. Itulah sunnah Nabi bila jiran sebelah terbau masakan. Yang menariknya Tengku Muhammad masih menyimpan keris dan pedang peninggalan Sultan Yala. Keris yang beratus tahun. Bila dibacakan doa keris ini boleh berdiri sendiri.
Rumah yang kedua seorang nenek dan cucunya. Nenek ini berketurunan raja. Bila kami sampai kami letak beras diatas rumahnya dia menangis. Nenek kata beras di dapur makin habis. Yang ada hanya beras hancur dimakan bubuk. Menangis dari kami sampai hingga kami balik. Doanya panjang kepada yang telah memberi sadaqah. Nenek ini kata dia bersaudara dua pupu kepada Tengku Anis (Kelantan). Nenek ini yang lupa namanya kerana kami sendiri menahan menangis. Hingga lupa nama nenek. Dia pelihara seorang cucu. Ibu dan bapa cucu nya ini dipenjara. Cucunya selepas 3 hari dilahirkan dipenjara dihantar kerumahnya. Nenek ini menjaga seorang diri. Jikalau lihat keadaan nenek ini memang tidak larat hendak berkerja. Nak menanggung makan minum dirinya dan cucunya.  Hanya jiran-jiran tempat bergantung.
___________________
Lihat Lanjut Disini :-
https://www.facebook.com/aminassadaqat/posts/1782156138687013
_______________________________________________________
1- "SUARA" ANDA SUDAH BANTU PENDERITAAN RAKYAT PATANI.
2- "SHARE" KITA MENJADI SAKSI DEMI KEDAMAIAN DI PATANI.
Oleh -> "PAGE, Media Informasi News / BLOGGER, Amanat Penderitaan Rakyat Patani (AMPERA PATANI)".

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej