Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, May 11, 2016

Sudah bertahun saya perhatikan perkembangan PAS sejak dari dalam perkhidmatan ATM sehingga pencen

Sudah bertahun saya perhatikan perkembangan PAS  sejak dari dalam perkhidmatan ATM sehingga pencen.

Tergerak hati nak menyertai PAS namun takut pula tak diterima dengan baik. Sebabnya saya dahulu bukan orang baik.

Saya pula tak pandai mengaji Quran walaupun sudah separuh umur (middle age). Nak masuk PAS mereka kata kena pandai mengaji quran kalau tak masuk usrah malu.

Apa yang saya amati ialah PAS mempunyai ahli /petugas yang hebat, ikhlas dan sanggup berjuang walaupun tak bergaji khasnya Unit Amal PAS.

Pernah saya perhatikan mereka (unit amal) solat jemaah, memang unit amal ni istimewa sedikit sebabnya mereka solat pun mcm kawad sama saja ikut sebutan Allahuakbar. Saf yang penuh dgn unit amal akan sama saja dlm semua gerakan solat. Berbeza dgn jemaah lain walaupun ahli PAS juga.

Mungkin inilah kehebatan mereka, seragam, sepakat dan sefahaman sehingga dalam solat. Yang laju memperlahankan gerakan utk tunggu yang lambat, manakala yang lambat memperlajukan gerakan utk ikut rakan yang laju.

Kerja mereka pula tidak berkira, semua kerja diorang sanggup buat walaupun ada yang satu sen pun tak ada dalam poket.

Kalaulah semua ahli PAS boleh menjadi seperti mereka sudah tentu PAS dah lama menang dalam pilihanraya. Namun malangnya tak semua begitu.

Saya doakan semua ahli unit amal ini terus hebat di dunia dan di akhirat. Mereka yang beginilah yang paling layak untuk syurga Allah.

~ASKAR PENCEN~

#Copypaste
#istiqamah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej