Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, May 15, 2016

PENGKHIANAT DILABEL SEBAGAI MUSUH ALLAH

PENGKHIANAT DILABEL SEBAGAI MUSUH ALLAH

Ketika 1000 orang umat Islam bersiap sedia menuju ke Uhud bagi menghadapi 3000 orang tentera Musyrikin, tiba-tiba Abdullah bin Ubai bin Salul buat hal. Bapa Munafiq itu bersama kuncu-kuncunya telah menghasut umat Islam supaya berpatah balik meninggalkan perintah Nabi untuk berperang. Lebih kurang 300 orang telah terpengaruh, menyebabkan tentera Islam tinggal kurang 700 orang sahaja.

Antara peluru hujah yang digunakan ialah kerana Nabi tidak menerima pandangan mereka untuk berperang di Madinah, sebaliknya memilih pandangan orang-orang muda yang lebih ramai. Antara hasutannya, "buat apa lagi bersama Nabi? Dia tidak lagi menghargai kita. Tinggalkan sahaja Muhammad dengan orang-orang muda."

Melihat keluarnya kumpulan munafik bersama golongan yang berkecil hati ini, ada kalangan umat Islam yang terjejas keyakinannya, menyebabkan hampir-hampir berundur dari medan perang. Mujurlah Allah menurunkan ayat meminta mereka istiqamah.

Kepada golongan yang telah merajuk sedemikian rupa membawa diri meninggalkan jemaah Islam, Rasulullah tetap mengarahkan sahabat untuk memujuknya. Abdullah bin Amru bin Haram ditugaskan berjumpa Abdullah Ubai mengharapkan mereka kembali bersama Nabi.

Malangnya, pujukan ikhlas beliau dibalas dengan beribu alasan. Setelah puas memujuk, akhirnya Abdullah bin Amru dengan kasarnya menyatakan kepada golongam munafik itu dengan melabel mereka sebagai 'musuh Allah':

"Pergilah kamu semua wahai musuh Allah! Allah akan menolong kami walaupun tanpa kamu!."

Allah nyatakan, peristiwa Uhud adalah sebagai hikmah dari Allah, untuk menunjukkan kepada orang beriman bagaimana perangai orang-orang munafik. Walaupun tidak disebut satu persatu nama-nama orang munafik, tetapi al-Quran cukup sebagai panduan untuk para sahabat mengenali musuh dalam selimut ini.

Cerita di atas adalah sebahagian ringkasan tafsir al-Quran daripada surah Ali-Imran, bermula ayat 121 hingga 161. Olahan cerita dibawa oleh Dr Abdul Karim Zaidan menerusi bukunya al-Mustafad min Qasasil Quran. Beliau adalah tokoh terkenal kepimpinan gerakan Islam sedunia.

Hari ini, wahyu tidak lagi turun apabila berlaku sebarang perkara. Sebalikna ia telah siap di dalam lembaran mushaf buat rujukan hingga hari kiamat. Pabila peristiwa lama berulang kembali, capailah al-Quran, dan renungilah isi peringatannya.

# mesej ini disampaikan hanya kepada mereka yang beriman.

(Alang Ibn Shukrimun)
~istiqamah hingga kemenangan! Infiru ����

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej