Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 6, 2016

Pecat husam - Satu ulasan yang sangat tepat dan bagus

Satu ulasan yang sangat tepat dan bagus

KOTA BHARU: Keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pas memecat Datuk Husam Musa dari menjadi ahli Pas berkuatkuasa pada 23/4/16 adalah tindakan berani yang berjaya memulihkan imej parti dari diperkotak-katikkan.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan ini juga satu tamparan kepada pelbagai pihak yang mendakwa Pas tidak akan mengambil tindakan ke atas Husam kerana bimbangkan pengaruhnya.

"Keputusan Pas memecat Husam memang sangat wajar dilakukan kerana terlalu banyak kenyataan dan tindakan yang dibuat olehnya sejak kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2015 yang bercanggah dengan tatatertib parti.

"Husam secara terbuka mengkritik Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din, selain mendesak Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hasan meletakkan jawatan.

"Begitu juga pelbagai kenyataan dan tindakan lainnya yang bercanggah dengan arahan atau kepentingan parti, khususnya kerana bersekongkol dengan DAP dan Amanah di dalam mengkritik parti.

"Apabila tindakan tidak diambil oleh Pas kepada beliau banyak pihak termasuk Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Rahim Abdullah menyebut Pas takut kepada Husam.

"Sekarang apabila Husam dipecat maka terbuktilah ketegasan Pas di dalam menguruskan parti, bahawa ia tidak takut walaupun kononnya 10 wakil rakyat akan keluar parti jika Husam dipecat.

"Tindakan Pas ini bagus kerana ia adalah satu amaran kepada semua ahli dan pemimpin Pas lain bahawa walau apa pun kedudukan mereka namun mereka tetap akan dikenakan tindakan jika melanggar tatatertib parti," katanya.

Dr Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas Dr Sanusi Daeng Mariok mengenai pemecatan Husam dari Pas semalam.

Dr Kamarul Zaman berkata, beliau yakin pemecatan Husam tidak akan menjejaskan Pas di Kelantan kerana di dalam Pas kesetiaan adalah kepada parti bukan kepada pemimpin tertentu.

"Tiada masalah untuk Pas Kelantan menguruskan Pas Kubang Kerian yang Husam adalah Yang Dipertuanya dan Dewan Undangan Negeri Salor yang Husam adalah wakil rakyatnya kerana Pas bergerak secara kolektif.

"Husam perlu sedar dia naik dalam politik kerana Pas bukan Pas yang naik kerana dia, begitulah juga dengan pemimpin Pas lain yang sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang untuk menempa nama dalam politik atas landasan Pas.

"Bila Husam tidak lagi bersama Pas, kritikannya tidak akan mempunyai kredibiliti lagi, dan Husam juga sepatutnya tidak menyibukkan diri untuk mencampuri urusan dalaman Pas lagi.

"Husam sepatutnya membuat sujud syukur di atas kemurahan hati Pas membebaskan beliau dari ikatan bai'ah talak tiga yang membelengguinya selama ini.

"Kita lihat sahajalah sejauh mana Husam boleh pergi setelah dibebaskan, bagaimanapun saya tidak yakin ramai wakil rakyat Pas akan mengikut beliau sebagaimana digembar-gemburkan" katanya.

Bismillah..

khalid ibrahim kena pecat dari pkr, "memang patut pun. mana boleh tak sehaluan dengan parti".

pengerusi dap melaka kena gantung keahlian "memang patut pun. kritik parti secara terbuka, bagi tongkat kepada bn".

chegu bard kena gantung keahlian dari pkr, "memang padan muka pun. sapa suruh kritik parti secara terbuka guna media".

husam kena pecat, "PAS jumud! tak demokratik! penakut dengan kelantangan husam! PAS tak adil! PAS Yujiiiiiiiii.." hehe��

[Copy paste]

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej