Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 27, 2016

Private Bill ini bukan merampas atau mengancam hak rakyat Malaysia yang bukan Islam tetapi ia memperkasakan Mahkamah Syariah

Tiga mukasurat diperuntukkan oleh akhbar The Star hari ini untuk menyerang dan memburukkan Private Bill yang dibawa oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ke Parlimen semalam.

Private Bill yang jika diluluskan itu boleh  memberi laluan kepada kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan sebahagian dari hukum Hudud dimomokkan dari pelbagai "angle" kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bakal mewujudkan dua sistem perundangan dalam negara dan paling parah kononnya bakal men " Taliban" kan negara.

Sedikit ruang diberi pada Ketua Pemuda PAS Ust Nik Abduh yang juga ahli parlimen Pasir Mas selain sedikit lagi bagi penjelasan dari Menteri di JPM Azalina Othman dan sokongan dari Tan Sri Annuar Musa.

Manakala sebahagian besar paparannya memberi ruang pada Presiden dan Timbalan Presiden MCA dan Presiden Gerakan.

Akhbar berkenaan bersusah payah mengumpul suara pimpinan komponan BN yang bukan Islam termasuk dari Sabah dan Sarawak saya percaya dengan niat untuk menunjukkan yang Private Bill ini ditentang seluruh masyarakat bukan Islam.

Anehnya tidak pula diulang-ulangi bahawa perundangan ini jika diperkenalkan hanya melibatkan umat Islam dan bukan mereka.

Tidak ketinggalan dipungut juga suara tokoh-tokoh Melayu Muslim sekular yang tidak pernah terdengar menyokong sebarang usaha ke arah memartabatkan agama dan hukumnya.

Nama-nama seperti Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunos, bekas Menteri Zaid Ibrahim dan pensyarah Dr Shad Faruqi ditojolkan dan masing-masing tambah memomokkan dan memandang rendah pada usaha Presiden PAS berkenaan.

Ini semua sesungguhnya adalah cabaran-cabaran yang telah kita jangka.

Atas dasar itulah umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara dan diwakili pula suara mereka secara majoriti di Parlimen perlu sedar dan insaf dan segera bangkit mempertahankan hak mereka untuk melaksanakan Islam dan ajarannya.

Tak kan sebagai Muslim kita mahu tentang usaha mendaulatkan agama kita sendiri.

Ini bukan Private Bill PAS tetapi ini Private Bill yang mahu memberi laluan kepada perlaksanaan Islam sebenar lalu ia sesungguhnya adalah Peivate Bill kita semua.

Wajar dan wajib disokong oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman parti, semua sekali kakitangan kerajaan, tokoh korporat , ahli akademik, alim ulamak para profesional mereka yang disektor swasta, petani, peladang, nelayan, buruh dari bandar ke desa dari ceruk rantau hingga ke serambi istana inilah masanya kita bersatu demi mempertahankan agama tercinta.

Private Bill ini bukan merampas atau mengancam hak rakyat Malaysia yang bukan Islam tetapi ia memperkasakan Mahkamah Syariah yang merupakan institusi keadilan buat umat Islam dalam negara ini.

Bersatulah dalam kerja kebaikan. Pertahankanlah hak agama Islam untuk umat Islam di Malaysia.

-Roslan Sms-

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej