Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 13, 2016

TERBAIK JAWAPAN BUAT PAN !!! PAN Sedia Bincang dengan PAS

TERBAIK JAWAPAN BUAT PAN !!!
PAN Sedia Bincang dengan PAS

1. Wah, sungguh berjiwa besar kononnya politik PAN sehingga sedia berbincang dengan PAS berkenaan kerusi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebelum diajak berbincang dengan PAS, sebaiknya dijawab dahulu persoalan ini:

a) Bilakah PAN mahu memulangkan kerusi Parlimen dan DUN yang telah dibawa lari daripada PAS.?
Kerusi yang dicuri pun belum dipulang, sekarang mahu minta kerusi lagi daripada PAS.

b) Mengapa tiba-tiba PAN berminat nak berbincang dengan PAS sedangkan PAN yang sering menjaja cereka bahawa;
- PAS nak UG dengan UMNO
- PAS adalah Penasihat UMNO
- PAS menjadi Tongkat Penyelamat UMNO
- PAS parti Tok Lebai Kampung yang tak relevan
- PAS parti orang Jumud penuh dengan Walaun
- PAS ini dikatakan telah diresapi dengan Ekstremis ISIS.
Adakah kesemua tuduhan terhadap PAS di atas sudah lenyap.?

3. PAN usahlah berpolitik dengan cara tangan kanan menghulur salam, tangan kiri menghunus keris. Kononnya ingin berbaik dengan PAS, sedangkan hakikatnya mahu matikan PAS.

4. Sebaiknya, berkenaan PRK ini, PAN berbincanglah dengan DAP, bukankah restu dan izin tetuan DAP amatlah penting bagi meneruskan survival politik PAN.?
KREDIT : Syed Ahmad Fadhli

SEBARKAN SEBANYAKNYA...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej