Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, May 2, 2016

Sekiranya mesej whatsapp berkenaan benar dari YB Rafizi Ramil Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PKR saya merasakan ianya sangat membimbangkan

Saya turut terbaca printscreen ini yang sekarang sedang diviralkan dimerata pelusuk maya.

Sekiranya mesej whatsapp berkenaan benar dari YB Rafizi Ramil Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PKR saya merasakan ianya sangat membimbangkan.

Sebagai seorang pemimpin kanan dalam PKR jika benar ianya dari beliau maka beliau telah menzahirkan betapa menebalnya kebencian beliau terhadap rakan tahaluf partinya iaitu PAS.

Adakah beliau kini tidak percaya dan tidak inginkan lagi kerjasama dan bersahabat dengan PAS lantaran telah punya kawan-kawan baru?

Sebagai seorang yang berkedudukkan kanan di dalam partinya beliau perlu beri penjelasan kerana saya pasti orang-orang PAS pun mahu tahu adakah ini sikap peribadi beliau atau ianya mencerminkan sikap dan pendirian parti beliau?

Pimpinan PAS termasuk Tuan Guru Presiden berkali-kali menegaskan bahawa PKR kekal sebagai rakan tahaluf PAS dan ahli-ahli PAS di semua peringkat terima dan patuh pada arahan ini.

Adakah PAS bertepuk sebelah tangan atau adakah YB Rafizi sudah memberi isyarat bahawa PKR mahu putuskan terus hubungan dengan PAS.

Jangan kejar mimpi yang tak pasti YB sehingga menerjang keluar kawan-kawan yang terbukti taat dan setia.

Tetapi jika itulah hakikatnya maka zahirkanlah secara terbuka biar mudah kita berkira bicara.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1002016983169089&id=100000823914148

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej