Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 13, 2016

Kuliah Tafsir Selama 40 Tahun; Diintip Perisik Tentera Dan SB

Kuliah Tafsir Selama 40 Tahun; Diintip Perisik Tentera Dan SB

Terlebih dulu saya ucapkan terima kasih kerana dianjurkan majlis untuk meraikan kita mengkhatamkan tafsir al-Quran kali kedua setelah berlalu 40 tahun. Kali pertama kita tak buat, kita buat yang kedua terus. Alhamdulillah, kita mengambil berkat Dari al-Quran al-Karim, kitab mukjizat yang diturunkan oleh Allah Ta’ala kepada nabi akhir zaman Muhammad SAW yang tidak boleh disahut cabarannya oleh seluruh dunia hingga kiamat.

Firman Allah Taala yang bermaksud ;
“Maka jika sekiranya kamu ragu terhadap kitab Alquran yang kami turunkan pada hamba kami Muhammad S.A.W, sila kamu buat satu surah sepertinya. Panggillah penolong-penolong kamu samada penolong-penolong itu tuhan-tuhan yang kamu lantik selain Allah, pemimpin yang kamu puja, yang kamu lantik kerana mereka bijak/cerdik sangat. Ataupun segala para ilmuan kamu dalam semuanya, semua ilmu. Kumpulkan mereka semua buat satu surah seperti Alquran. Jika kamu adalah orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya sampai bila-bila, takutlah kamu akan api neraka, dimana umpannya adalah manusia dan batu-batu. Disediakan untuk orang-orang kafir yang melawan Allah, al-Quranul Karim. Dan Allah memberi berita gembira kepada orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh dan memasukkan mereka kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.”

Al-Quran adalah kitab mukjizat, banyak pengkaji-pengkaji bukan Islam yang ditugaskan pada awalnya untuk lawan Alquran, lawan Islam. Mereka kaji dengan sungguh-sungguh, dengan peradaban ilmu yang sungguh-sungguh. Nak cari ilmu sungguh-sungguh, Allah Taala bagi hidayah, mereka masuk Islam. Mereka yang kaji tidak ikhlas, dia kaji Alquran tidak ikhlas, bukan kaji nak cari kebenaran, tak dapat hidayah dari Allah. Hanya mereka yang tuhan pilih saja dapat hidayah. Banyak kalangan yang tuhan beri hidayah di akhir zaman ini, kalangan orang bukan Islam. Khususnya apabila Islam dituduh dengan membawa kekacauan dan huru-hara. Melahirkan perkara yang disebut Islamofobia. Orang takut pada Islam menyebabkan ramai kalangan yang bukan Islam Nak tahu Apa dia Islam. Mereka beri Quran-quran terjemahan darin pelbagai-bagai bahasa. Ramai kalangan mereka yang masuk Islam setelah mereka membuat kajian sungguh-sungguh.

Bulan lepas kita dikunjungi oleh seorang bekas paderi yang masuk Islam. Dia mendapat latihan di ‘Vatican City’, pusat Kristian mazhab khatolik di Vatican di Itali. Tujuannya untuk lawan Islam. Dilatih beberapa orang untuk melawan Islam, dalam 100 orang juga. Dia beritahu kepada saya lebih kurang 50 orang juga yang masuk Islam, dimana paderi-paderi yang mengkaji al-Quran ni masuk Islam. Lebih kurang 50 orang diseluruh dunia. Tak ada orang alim Islam sejahat-jahat orang alim Islam ni tinggalkan agama Islam. Tak ada. Tetapi paderi ada yang masuk Islam.
Orang alim Islam, dia jahat macam mana pun, tuhan pelihara dia, iman dia, berkat ilmu dia daripada quran ini. Tapi paderi yang Nak lawan Islam, ada ilmu, baca Quran, kaji al-Quran, masuk Islam. Ini kehebatan al-Quranul al-Karim.

Saya mengkaji al-Quran sejak berpuluh tahun, sejak mula belajar. Dan saya menghargai kepada guru-guru yang memberi bimbingan dalam pengajian Alquranul Karim. Khususnya tafsir yang memerlukan kepintaran dalam bahasa arab, ilmu-ilmu yang berkait dengan bahasa arab. Dimana guru yang membimbing saya, yang menafsir al-Quranul Karim ialah Asy Syeikh Abu Bakar Jabir Aljazair, yang mengajar di Masjid madinah, mengajar di Masjid nabawi, seorang alim dari Algeria. Dia mengajar kitab fathul qodim ketika saya belajar di Madinah. Kitab Fathul Qodim adalah kitab tafsir yang dikarang oleh Asy-Syaukaani dari Yaman. Itu menjadi panduan. Didalamnya tafsir mengikut diroyah sah riwayah. Riwayah adalah tafsir yang diriwayatkan daripada nabi, sahabat-sahabat nabi dan ulama’-ulama’ tabien. Diroyah mengikut kefahaman; bahasa al-Quranul Karim dan mengikut perkembangan semasa. Itu diroyah. Dimana quran kitab ilmu yang tak berkesudahan. Dan dibantu oleh banyak kitab-kitab tafsir yang lain.

Khususnya tafsir ibnu khasir yang menafsirkan Quran, ayat Quran, dan hadis-hadis nabi S.A.W. tafsir Alqurtubi yang mengulas hukum-hukum syaro’ mengikut mazhab-mazhab yang ada dalam Islam. Tafsir al alusi, ruuhul ma’arid yang menafsirkan bahasa-bahasa dan rahsia-rahsia Alquran. Dan kitab-kitan tafsir yang lain. Dan saya juga mendapat bimbingan asy syeikh Muhammad bin amin asy syaukidi iaitu seorang ulama’ darin Mouritania yang bermukim di mekah dan bermukin di Madinah al munawwarah dalam usia yang tua, yang menghafal kitab-kitab. Bukan menghafal Quran, Tetapi menghafal kitab-kitab mengikut tradisi ilmu di Mauritania yang banyak memberi panduan dan kaedah mentafsir, Khususnya kitab beliau, kitab adrooul bayan fi idoohi Quran Bil Quran. Menafsirkan Quran dengan ayat Quran. Dan saya bukan sahaja mendapat ijazah daripada Universiti Madinah dan A-Azhar, dan istimewa mendapat anugerah daripada syeikh yassin alfadani. Iaitu seorang alim, melayu kita, yang tinggal lama di Mekah, tak boleh cakap melayu. Ada orang melayu tak boleh cakap melayu.

Syeikh Yassin Fadan yang dengan ihsan dan kebaikannya, walaupun saya tak belajar dengannya, dan dia menghormati saya, memberi ijazah assanim. Ijazah secara assanim. Kitab-kitab yang dipelajarinya bersama kitab tafsir, feqah dan lain-lain. Kitab-kitab ini diriwayat ijazah secara assanim dengan makna dia belajar daripada gurunya, dan dari gurunya sehingga pada pengarang kitab yang memakan masa ratus tahun, ribu tahun dan sampai pada nabi SAW.
Secara assanim kitab-kitab ini, Syeikh Yassin Fadani memberi ijazah bertulis kepada saya dan saya mengambil berkat daripada ijazah ini.

Dan Alhamdulillah, banyak dari kalangan-kalangan yang cuba membuat siasatan khususnya pihak kerajaan dalam masa 40 tahun, saya menerima kedatangan perisik-perisik tentera dan kalangan cawangan khas polis yang sudah bersara dan pihak-pihak yang mari yang datang meminta ampun dan maaf kerana mereka ditugaskan untuk mengkaji tafsir-tafsir saya kalau ada yang salah. Tak ada yang salah yang menyalahi undang-undang yang Nak diambil tindakan. Tak ada. Tak ada yang menyalahi undang-undang, tak ada yang menyalahi hukum walaupun mereka mengunakan pasukan-pasukan dari pusat Islam untuk mengkaji sekiranya ada kesilapan untuk diambil tindakan. Maka tak diambil tindakan kerana mengikut budaya ilmunya, Apa yang saya buat adalah benar dan betul mengikut rujukan ilmu yang muktabar. Alhamdulillah, saya maafkan mereka semuanya. Mereka minta maaf, kita maafkan mereka semua. Dan sebahagian mereka dah meninggal dunia. dah mati. Dan guru-guru ni Pula semua dah mati, meninggal dunia.

Mudah-mudahan mereka mendapat pahala dari Apa yang kita tunaikan di Masjid ini. Kerana kita mewarisi ilmu yang memberi manfaat termasuk nabi kita Muhammad S.A.W yang mendapat kelebihan ummatnya yang ramai. Kerana kelebihan nabi, umatnya yang menyambung ajaran nabi, menyambung pusaka nabi, Alquran dan hadis. Nabi dapat pahala di Alam barzakh dan hari kiamat. Mudah-mudahan kita mendapat syafaat di akhirat kelak. Dan berjalan dengan bendera baginda di hari kiamat kelak sebagaimana kita istiqamah dengan perjuangan baginda dalam kehidupan dunia ini. Mudah-mudahan Allah Taala berkati kita semua.

***Ucapan Presiden PAS Merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Khatam Kuliah Tafsir Al-Quran Kali Kedua pada 13 Mei, 2016, Dalam Tempoh 40 Tahun beliau mengajar di Masjid Rusila

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej