Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, May 26, 2016

Boleh tak ahli maksiat, kaki zina, kaki curi, kaki botol sokong hukum islam / hudud walaupun dia tahu dia tak mampu nak tinggalkan maksiat tersebut ?

Boleh tak ahli maksiat, kaki zina, kaki curi, kaki botol sokong hukum islam / hudud walaupun dia tahu dia tak mampu nak tinggalkan maksiat tersebut ?

Jawabnya boleh ....

Kaki maksiat tersebut bukan jatuh murtad atau kafir.... ia cuma dosa besar bukan jatuh kafir lagi !
Bertaubat... Allah ampunkan
Tapi kalau dia menentang dan ingkar hukum Allah, aqidahnya dah jatuh jadi kaafir , Allah tak ampun dosa kaafir.

Kaki maksiat ini, walaupun takleh tinggal maksiat besar ini, dia masih ada peluang masuk syurga !
Bagaimana ?

Contoh :

Dia tersalah terlajak juga zina.... dia dengan rela direjam.... mati ....
Dia masuk syurga kerana reda dengan hukum Tuhan... dengan syarat dia kekal iman hingga nafas terakhir !

Berbanding dengan org yg tak reda dengan hukum tuhan, PADAHAL dia tak melakukan dosa dosa besar ini, DIA TAK ZINA, DIA TAK MINUM ARAK, DIA TAK CURI.... TAPI DIA TAK REDA HUKUM TUHAN .... dia masuk neraka selamanya !

Pokok pangkalnya ialah reda dengan Allah.
Walaupun kaki maksiat, dia reda dengan Allah, dia ahli syurga....
Tambahan, lebih lebih lagi dia bukan ahli maksiat ..... masyaAllah !

Nampak ?

**********

Pencerahan kpd yg masih kelabu tentang posting saya sebelum ini tentang ahli maksiat yg beroleh pengampunan kerana reda dengan hukum Allah :

Dari Imran bin Husain, bahawa seorang wanita dari Juhainah datang menghadap kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (pemerintah), padahal dia sedang hamil akibat melakukan zina. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melanggar hukum, oleh kerana itu tegakkanlah hukuman itu (rejam) ke atasku.”

Lalu Nabi Allah memanggil wali perempuan itu dan bersabda kepadanya: “Rawatlah wanita ini sebaik-baiknya, apabila dia telah melahirkan, bawalah dia ke hadapanku.” Lalu walinya melakukan pesan tersebut. Setelah itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk merejam wanita tersebut, maka pakaian wanita tersebut dirapikan (agar auratnya tidak terbuka ketika direjam). Kemudian beliau perintahkan agar dia direjam.

Setelah direjam, beliau mengsolatkan jenazahnya, namun hal itu menjadikan Umar Al-Khaattab bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, perlukah dia disolatkan? Bukankah dia telah berzina?” Beliau menjawab: “Sungguh, dia telah bertaubat kalau sekiranya taubatnya dibahagi-bahagikan kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, pasti taubatnya akan mencukupi mereka semua. Adakah taubat yang lebih utama (hebat) daripada menyerahkan nyawa kepada Allah Ta’ala secara ikhlas?”

(Sahih Muslim, no. 3209, Sunan Abu Daud, no. 3852)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej