Saiful Bahari
Apabila ada cadangan untuk memotong gaji penjawat awam untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir, saya amat bersetuju. Namun, kisah ini amat menyentuh perasaan untuk direnung...
Kira-kira 700 tahun dahulu, ulama paling tersohor di zamannnya, Imam Nawawi telah mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak Raja Al Malikul Zahir.Akibatnya beliau diusir ? Mengapa kerana fatwanya berlawanan dengan fatwa majoriti ulama yang bersetuju membolehkan kerajaan mengambil harta rakyat untuk tujuan kecemasan iaitu peperangan walau pun rakyat dalam keadaan daif.
Imam Nawawi ( 1234- 1278 M) memfatwakan harta rakyat hanya boleh diambil setelah harta raja habis dibelanjakan dalam membiayai kos peperangan menghadapi puak Tartar terlebih dahulu. Beliau memfatwakan begitu kerana raja memiliki harta yang banyak”Belanjakan harta Tuanku terlebih dahulu sebelum mengambil harta rakyat !Maka Imam yang berani mengambil risiko menjadi mangsa dihalau keluar daripada negerinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej