KAKI CARUT TANDA HIDUP TAK GEMBIRA DAN KEMUNGKINAN MASALAH EREKSI.
Kajian mendapati, mereka yang selalu menggunakan perkataan kesat dalam memberikan komen-komen di laman-laman fb terutama politik mempunyai masalah keyakinan diri. Kerana mereka ini hanya handal bila berada di belakang layar tetapi apabila berhadapan mereka akan bercakap pandang semut dengan bahasa yang tidak didengari. Mungkin pemalu.
Juga masalah dengan ALL-FOR-ONE, ONE-LARI-LINTANGPUKANG yang mana mereka akan jadi hebat bila RAMAI. Bila masa perhimpunan, demo atau hentam orang ramai-ramai di fb semua bajet macam dia paling taikor sekali. Bukan setakat kereta polis, keretapi yang bergerak pun dia boleh sanggup redah.
Contoh paling rapat di hati ialah di suasana pekerjaan. Semua jadi warrior berdegar-degar masa lunch hour mengutuk boss dengan pelbagai kata nista. Memang sembang kencang siap kalau jumpa boss, mahu di sepak, dekel, bidik dan hagul ke bucu tiang. Katalah Boss kaki kencing, kaki bangku, kaki sontot, kaki kambing, kaki dangdut, kaki bodek, kaki kipas dan kaki selfie tetapi bila terserempak dalam lift berdua-dua dengan boss dari G floor ke tingkat 40....KAKI pun menggeletar sambil korek-korek kuku jari. Boss baru toleh dan senyum...terus terkencing dalam lampin.
Itulah hakikat orang lemah. Untuk nampakkan mereka kuat mereka akan bercakap macam-macam. Sering kali orang yang kata "Mari lah sini weyy...aku ada black belt taekwando, silambam, silat dan kuda kepang" tapi sekali yang dicabar menoleh dengan yakin sambil mengetap tulang-tulang jari....mulalah kata
"Saja jer...aku taknak lawan dengan orang yang tak setanding..."
Cerita begini, masa zaman saya sekolah agama darjah 3 pun dah berlaku. Tak puas hati sahaja jumpa belakang kantin. Saya pernah juga pukul dan dipukul orang belakang kantin sekolah agama tepi masjid Felda Tementi dulu. Semua pasal kes ejek nama bapak jer. Biasalah zaman dulu kalau tak gaduh pasal ejek nama bapak biasanya bertarung berebut Sofea Jane dan Maria Farida yang sedang hot masa zaman baru baik sunat dulu (semua main pakat cop bini imaginasi). Gaduh mesti mula dengan ayat cabar mencabar macam zaman Wrestling tengah top di kedai-kedai kopi dulu.
Saya pernah gaduh 2 kali sahaja belakang kantin sekolah agama tu. Sekali tu saya kalah kerana sebelum lawan dia saiko dulu cakap dia berguru dengan panglima halilintar dan Jaka Sembong sampai masa time dia nak pukul tu, dia kuis tangan sahaja saya dah lari. Tapi kali ke-dua dah bijak sikit, masa dia tengah cakap-cakap macam cerita Tamil saya datang dan siku terus ke hidungnya dan berguling-guling kesakitan dan tak puas hati kerana dia belum habis cakap saya dah mula "buah".
Mungkin Jaka Sembong lupa nak ajar jurus itu.
Apapun, isunya ialah yang maki-maki pakai bahasa kesat ini kebanyakannya bukanlah power sangat. Mereka cuma nak menunjukkan impression kepada orang yang dia power. Kalau dia power sangat, dia biasanya letak nama betul dan gambar profil sendiri di fb mereka. Bukannya cakap berdegar-degar mengata orang itu bangang, ini kapir, situ laknat, sana kambing, sinun tapir dan macam-macam tetapi nama ID dalam fb "Kelopak Tulip Yang Gugur" dan gambar profil ialah gambar kucing ataupun pavlova berstrawberi.
Sebab itu kajian menunjukkan orang sebegini adalah golongan yang mahu menaikkan keyakinan diri sendiri yang hilang. Sebahagiannya kerana mereka kurang gembira dengan hidup mereka termasuk masalah tidak cukup kasih sayang dan masalah ereksi.
Orang yang hebat, dia cakap tak perlu maki hamun kerana biarlah fakta-fakta yang diberikan itu masuk ke hati dan bukan maki hamun masuk ke hati. Fakta dan ilmu masuk ke hati akan jadikan penerima menjadi pandai dan kuat tetapi jika diberi dengan maki hamun, ilmu dan fakta akan hilang tetapi dendam dan geram pula yang timbul.
Kepada mereka yang mempunyai masalah suka maki hamun orang dalam facebook, saya nasihati untuk pergi berjumpa doktor-doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan fizikal dan mental. Mari kita lihat siapa yang ada masalah ereksi dalam post kali ini.
Satu lagi, Nak unfollow jangan declare di bahagian komen semasa post-nya tidak menyebelahi rasa hati anda kerana masa anda Follow dulupun tak ada cakap dan declare "I Follow". Lagi satu...masa follow dulu tak ada siapa paksapun kan?
Sekian
Salam Tahun Baru,
Salam Maulid.
Salam Maulid.
SAIFUL NANG
//Orang yang buat kajian itu.
//Orang yang buat kajian itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej