Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, February 25, 2015

Blogger popular kata kerajaan harus kaji semula pendidikan agama

Blogger popular kata kerajaan harus kaji semula pendidikan agama

0 Perkongsian
0 Comments
Kongsikan:
oleh Cecilia Jeyanthi Victor


SEKILAS PANDANG: Apa yang akan meyakinkan seorang anak gadis berusia 14 tahun untuk menyertai perjuangan Negara Islam di Timur Tengah?

Seorang pelajar dari Muar, Johor mendakwa bahawa dia telah dipengaruhi oleh ideologi dan perjuangan IS selepas berinteraksi dengan dua orang di laman sosial Facebook, sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan negara ini dan berkahwin dengan teman lelaki Mesir-nya, dan kemudian menyertai militan IS di Syria.



Dalam temu bual dengan Semut Harian, penulis blog popular Datuk Syed Akbar Ali dari OutSyed The Box menjelaskan sebab-sebab yang mungkin di sebalik keputusan gadis berusia 14 tahun ini, untuk menyertai "jihad".

Enggan menuding jari kepada sekolah agama atau pusat tahfiz di mana gadis itu belajar, dalam keputusan remaja itu untuk menyertai IS, Syed Akbar berkata:

“Terdapat perbezaan di antara sekolah tahfiz dan Madrasah, sebuah sekolah tahfiz adalah di mana muridnya menghafal Al-Quran dalam bahasa Arab.

"Mereka mungkin mempunyai kelas-kelas agama yang lain di sekolah-sekolah tahfiz, tetapi mereka juga mempunyai Madrasah dan sekolah-sekolah pondok.

"Namun begitu, semuanya mempunyai latar belakang agama dan tiada institusi yang mahu mengakui bahawa mereka mengajar sikap ekstremisme. Masalahnya ialah sama ada institusi tahfiz, madrasah atau sekolah pondok, ia memberikan pelajar identiti yang serupa dengan Timur Tengah," katanya.

Beliau berkata jika tidak wujud identiti bersama perjuangan jihad ini, gadis muda ini tidak akan mahu pergi ke Syria.

“Apa yang anda fikir meyakinkan anak muda ini, seorang gadis yang tidak tahu apa-apa untuk membuat untuk pergi ke Syria? Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk melakukan perjalanan ke Syria secara seorang diri.

"Mungkin ada seseorang yang telah menasihatkannya. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa. Tetapi, di manakah dia mungkin mendapat idea-idea ekstremis? Siapakah yang bertanggungjawab? Seseorang perlu bertanggungjawab," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas), selepas menolak dakwaan bahawa institusi-institusi sekolah pendidikan agama seperti sekolah-sekolah tahfiz terlibat dalam menyebarkan propaganda IS itu, Syed Akbar berkata jawapan oleh Pitas memberikan tekanan yang lebih berat kepada pihak berkuasa untuk mengetahui bagaimana mereka ini telah didoktrinkan, dan siapa yang mempengaruhi mereka.

"Saya meragui alasan yang diberikan oleh gadis itu bahawa dia melayari Internet dan diyakinkan untuk menyertai IS. Terdapat lebih daripada itu; di manakah mereka mendapat idea ini? Adakah mereka mengambil idea-idea ini dari tempat-tempat tertentu?"

Syed Akbar menekankan bahawa sistem pendidikan agama di negara ini yang memberi mereka nilai-nilai yang sama dengan militan di Syria, dan ideologi untuk melawan orang-orang yang berbeza dengan mereka, seperti orang bukan Islam dan Shiah, atau mazhab lain di Timur Tengah.

"Ia pastinya disebabkan pendidikan agama yang berlebihan, yang menyebabkan mereka berkongsi ketakutan ini.

“Kerajaan perlu mengkaji semula sistem pendidikan agama kita. Kini turut ada tadika agama. Oleh itu jika seorang kanak-kanak dari usia yang sangat muda didedahkan dengan latar belakang pendidikan agama, kanak-kanak ini boleh terdedah kepada ekstremisme agama seperti di Syria," katanya.

Syed Akbar melahirkan kebimbangan bahawa pendidikan agama Islam di negara ini sentiasa bersifat konfrontasi.

“Ia sentiasa menjadi eksklusif, dalam hal umat Islam menentang bukan Islam dan Ahli Sunnah menentang Shiah. Indoktrinasi mentaliti kita lawan mereka ini dari semasa ke semasa akan membuat kanak-kanak dari pra-sekolah hingga ke universiti membesar dengan rasa kebencian."

Ditanya bila sikap pelampau seperti ini mula berakar di negara ini, beliau berkata, ia sudah pun wujud dalam lewat tahun 70-an dan awal 80-an, apabila aktiviti dakwah agama bermula.

Beliau berkata ia bermula semasa krisis minyak pada tahun 70-an, apabila harga minyak yang mula meningkat membenarkan jutawan-jutawan minyak untuk memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk kumpulan-kumpulan dakwah agama di seluruh dunia.

"Pada tahun 80-an, gerakan dakwah berada di mana-mana. PAS telah menggunakan agama untuk politik. Kontroversi hudud telah dimulakan oleh Hadi Awang (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

"Mereka tidak mempunyai kemahiran dalam ekonomi, jadi mereka menggunakan pengetahuan agama mereka seperti menjaja undang-undang hudud dan Syariah mereka atas tujuan politik.

"Ini juga detik apabila perempuan disuruh memakai tudung di sekolah-sekolah, dan murid-murid Islam disuruh membaca Al-Quran di sekolah. Kerajaan mula tunduk kepada semua bentuk-bentuk dakwah dan mereka membuat kesilapan," kata Syed Akbar.

Penulis blog itu juga berkata yang keadaan di negara ini perlu menjadi lebih buruk, sebelum ia akan menjadi lebih baik.

Beliau berkata bahawa majoriti umat Islam di negara ini telah dimalukan dengan tindakan militan IS di Syria dan Iraq.

"Saya telah menonton sebuah klip video di mana militan IS memotong tangan lelaki di sebuah pasar di Syria. Ini adalah kerja syaitan...

"Tindakan ini perlu menjadi titik perubahan bagi umat Islam, untuk tidak meniru Negara Islam," katanya.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Blogger-popular-kata-kerajaan-harus-kaji-semula-pendidikan-agama#sthash.z144yJkz.dpuf

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej