FITNAH: VIDEO & GAMBAR SEBAGAI PEMBUKTIAN?
Masih ada di kalangan masyarakat Islam yang keliru, tentang kes bagaimana yang boleh atau tidak boleh menggunakan video dan gambar sebagai pembuktian. Sebagai contoh, pertarungan semasa kehangatan menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) dan setelah ianya berlalu, antara pihak parti pemerintah mahu pun parti pembangkang yang menggunakan video dan gambar sebagai bahan bukti dan perang saraf untuk menyerang antara satu sama lain. Ada yang menggunakan video untuk membuktikan penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU13. Tidak kurang juga budaya politik longkang dengan membikin video-video lucah untuk menyerang musuh-musuh politik masing-masing.
Lalu, ada pihak menyatakan video dan gambar tidak boleh dijadikan pembuktian untuk kes zina/liwat sebagai untuk membela diri kerana telah diaibkan dengan sebegitu dahsyat sekali. Itulah antara bentuk budaya politik yang tidak sihat, londeh melondehkan dan aib mengaibkan dengan menyerang peribadi musuh-musuh politik. Lantaran itu, timbullah kekeliruan di kalangan segelintir masyarakat yang tersalah anggap bahawa video dan gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti untuk semua jenis kes.
Maka, saya ingin mengemukakan serba sedikit penerangan dan pandangan ringkas saya berdasarkan apa yang telah saya amati. Apa yang jelas, tidak semua kes boleh menggunakan video dan gambar sebagai bahan bukti kes. Tidak semua keadaan membenarkan ianya dijadikan sebagai pembuktian yang selayaknya.
KESAKSIAN TERLARANG
Sebagai contoh, kes zina/liwat tidak dibenarkan oleh syarak menggunakan video dan gambar sebagai bahan bukti. Sesungguhnya, Islam amat melarang membuka aib saudara se-Muslim yang lain, termasuklah mengintip dosa peribadi insan dan melakukan ghibah (mengumpat). Dan dosa peribadi seseorang insan, adalah antara dirinya dengan Tuhan. Jika ia melakukan taubat nasuha (menyesal dan berikrar untuk tidak mengulanginya), maka dosa-dosanya akan terhapus. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Maka, kes zina/liwat hanya boleh dibuktikan dengan mengemukakan 4 orang saksi. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri daripada golongan yang tidak fasik, orang yang tidak fasik sudah tentulah mereka yang tidak mengintip-intip dan membuat rekayasa video atau pun gambar lucah, serta menonton bahan-bahan lucah dan melakukan segala dosa-dosa besar. Jika seseorang qazif (penuduh) itu, gagal mengemukakan 4 orang saksi, ia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu dengan 80 kali sebatan. Berdasarkan dalil,
“Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah An-Nur: 4)
Dalil di atas adalah umum bagi tertuduh di kalangan lelaki juga. Dan ianya adalah mesej jelas daripada ALLAH SWT bagi mereka yang turut sama mengiyakannya. Seandainya kesaksian seseorang itu ditolak, bermakna ia tidak boleh menjadi wali pernikahan untuk anaknya bagi mereka yang bergelar bapa, atau saudara perempuannya bagi seseorang saudara lelaki, melainkan setelah ia bertaubat. Maka berhati-hatilah dalam membicarakan kes-kes sebegini di kedai-kedai kopi dan di mana-mana sahaja.
Sepatutnya, kes-kes sebegini biarlah undang-undang dan mahkamah yang memutuskannya. Bukannya pihak media dan masyarakat awam yang menjadi hakim serta mendahului undang-undang dan mahkamah, apatah lagi semasa kes sedang dibicarakan. Sebagai Muslim yang benar-benar beriman kepada Al-Quran dan hukum hakam yang telah termaktub di dalamnya, pasti kita yakin dan percaya bahawa pengadilan yang tepat dan terbaik adalah dibicarakan di mahkamah syari’ah bagi kes-kes yang melibatkan orang Muslim sendiri.
Namun, sekali pun ianya benar, ia menjadi ghibah (mengumpat) dengan menyebarkan keaiban sesama Muslim. Sesungguhnya, ghibah itu ibarat memakan daging saudara sendiri. Firman ALLAH SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah Al-Hujuraat: 12)
Jika tidak benar pula, maka ia akan menjadi fitnah yang dusta semata-mata. Fitnah boleh mengakibatkan negara huru hara dan kacau bilau. Kecuali yang dibenarkan, adalah menyebarkan kesalahan-kesalahan golongan tertentu berkaitan kepentingan ramai pihak (bukan berkaitan peribadi), yang berkaitan kepentingan rakyat, harta rakyat dan sebagainya.
Maka, perlulah faham dan tahu bezakan, situasi dan kes bagaimana yang boleh menggunakan video dan gambar sebagai pembuktian.
MENJAWAB PERSOALAN BERKAITAN
1. Ada teman-teman yang bertanya kepada saya, “Bagaimana pula jika seseorang suami memasang CCTV di dalam bilik di rumahnya. Tiba-tiba, ada terakam video isterinya sedang melakukan perbuatan zina yang terkutuk? Namun, tiada 4 orang saksi yang menyaksikannya?” Maka jawapannya, ia boleh membuat sumpah ‘lian’, berdasarkan dalil,
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat ALLAH akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan ALLAH akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.” (Surah An-Nur: 6-9)
Manakala, untuk tuduhan zina kepada mereka yang selain suami/isteri, maka tetap kena mengemukakan 4 orang saksi.
2. Kemudian timbullah persoalan, apakah sebabnya Islam melarang menggunakan video
dan gambar sebagai bahan bukti untuk kes zina/liwat?
dan gambar sebagai bahan bukti untuk kes zina/liwat?
2.1. Kerana, ianya termasuk dalam kategori mengintip-intip dosa peribadi insan. Dan
ianya adalah sebuah isyarat jelas yang membuktikan, bahawa semenjak 1400 tahun
lalu lagi ALLAH SWT sudah tahu akan wujudnya video dan gambar, maka Ia tahu bahawa
video boleh disunting, boleh direka-reka dan boleh dimanipulasi. Ternyata,
bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui, dan jelaslah bahawa hukum hakam Islam itu
adalah futuristik, sentiasa relevan, tidak ketinggalan zaman dan sesuai untuk
semua zaman.
2.2. Kerana, Islam melarang menyebarkan keaiban sesama Muslim. Islam memelihara
keaiban pihak yang menuduh dan yang dituduh. Sebab itu sebaik-baiknya kes-kes sebegini
hanya dibicarakan di mahkamah secara tertutup (tanpa dihebahkan di media-media).
Sabda Nabi SAW,
ianya adalah sebuah isyarat jelas yang membuktikan, bahawa semenjak 1400 tahun
lalu lagi ALLAH SWT sudah tahu akan wujudnya video dan gambar, maka Ia tahu bahawa
video boleh disunting, boleh direka-reka dan boleh dimanipulasi. Ternyata,
bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui, dan jelaslah bahawa hukum hakam Islam itu
adalah futuristik, sentiasa relevan, tidak ketinggalan zaman dan sesuai untuk
semua zaman.
2.2. Kerana, Islam melarang menyebarkan keaiban sesama Muslim. Islam memelihara
keaiban pihak yang menuduh dan yang dituduh. Sebab itu sebaik-baiknya kes-kes sebegini
hanya dibicarakan di mahkamah secara tertutup (tanpa dihebahkan di media-media).
Sabda Nabi SAW,
“Sesiapa yang menutup keaiban Muslim yang lain, maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak.” (Riwayat Muslim)
Oleh itu, tatkala timbul kes-kes sebegini, kita sebagai masyarakat awam adalah lebih baik memilih jalan yang paling selamat dengan berlepas diri dari mengiyakan mahu pun was-was dengan mempersoalkan benar atau tidak ianya berlaku. Sabda Nabi SAW,
“Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.” (Hadis Hasan sahih: Riwayat At-Tirmizi & An-Nasaai)
Kerana, dikhuatiri kita akan termasuk dalam golongan yang fasik. Nauzubillahi min dzalik.
Walau bagaimana pun, saya hanya memberikan penerangan dan penjelasan secara ringkas sahaja. Untuk mendapatkan jawapan yang lebih konkrit dan terperinci, bolehlah dapatkan buku ‘Qazaf’ terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sekian,
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej