Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, February 16, 2015

ISIS Malaysia ????!

SHAH ALAM: Satu video yang memaparkan sekumpulan empat orang anak muda berpakaian seperti pejuang di timur tengah menggugut untuk membakar mercun sebagai tanda bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah.
 
Video yang berdurasi 1:01 minit itu dimuat naik semalam ke dalam laman sosial Youtube, ekoran tidak berpuas hati dengan sistem keadilan mahkamah.
 
Menggunakan ID 'isis malaysia 69' di Youtube, menggugut untuk bertindak sedemikian pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam. 
 
“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
 
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.
 
Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
 
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.
 
Ia disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.
 
Video tersebut telah dimuat naik di Youtube pada 15 Februari, dan mendapat 1796 pengguna yang menonton, 23 menyukai dan 56 tidak suka kepada video tersebut.
 
Dalam keterangan video itu,empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.
 
https://www.youtube.com/watch?v=91ua6E9Y5Vk

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej