Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, February 24, 2015

Parti Islam Istiqlal Maroko bermula seawal Berubah Menjadi Parti Sekular

Parti Istiqlal Maroko bermula seawal 1937, ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1944 adalah sebuah parti Islam, parti yang berkongsi pemerintahan di negara itu sepanjang tahun 60-an hingga 80 an.
“Ia diasaskan oleh salah seorang tokoh ulamak dan tokoh gerakan Islam semasa iaitu Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi (lahir 1910 – meninggal 1974). Beliau mempunyai puluhan karya tentang Islam termasuk di bidang Maqasid dan Usul Fiqh.
“Namun, kemasukan pemimpin yg berfikiran liberal dalam tampuk kepimpinan parti hingga akhirnya mereka menguasai kepimpinan telah merubah parti Istiqlal daripada berdasarkan Islam kepada parti berfikiran liberal dan kemudiannya bertukar pula menjadi parti sekular.
“Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar-dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Maroko terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992 – 2007,”katanya.
Tambah Dr. Khairuddin at-Takiri, sekitar tahun 1973, pengasas Parti Istiqlal, Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi sudah dapat mengesan mara bahaya pengaruh liberalisme yang menyusup dalam parti Islam itu.
“Parti Istiqlal tidak lagi bersifat Islam. Sekiranya kamu ingin kekalkan sifat Islam yang ada pada parti perlulah kamu sertainya segera sekarang,” pesan Syeikh Allal kepada ulama yang lain, namun usaha membendungnya gagal kerana kemaraan liberalisme amat kuat melanda parti itu kerana dinaungi oleh timbalan partinya sendiri.
“Selepas pemergian beliau (Syeikh Allal) pada tahun 1974, penggantinya, Muhammad Buusittah yang memimpin parti sehingga 1998 telah merubah parti daripada berasaskan Islam kepada bersifat kebangsaan.
“Pada tahun 1992, Parti Istiqlal membentuk Pakatan Demokrasi bersama Parti Kesatuan Sosialis dan berjaya mendapat kuasa bersama pada tahun 1998 dan 2002,” kata Dr. Khairuddin at-Takiri.
Tambah Dr. Khairuddin at-Takiri, kesan daripada perpecahan itu, kumpulan ulama membentuk parti baharu pada tahun 1970-an.
“Kesannya pada pertengahan 70-an dibentuk satu gerakan Islam yang baru di Maroko sehingga akhirnya secara rasmi dinamakan Harakah Tauhid dan Islah pada tahun 1996.
“Mereka mencari ruang menubuhkan parti Islam yang baharu dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang berdaftar bernama Harakah Sya’biyyah Dusturiyyah Demokratiyyah pada tahun 1996 lalu diubah nama kemudiannya menjadi Hizbul Adaalah wa Tanmiyah (Parti Keadilan dan Pembangunan).
“Parti Islam yang baharu ini akhirnya berjaya mendapat kuasa mengalahkan Parti Istiqlal yang telah menjadi sekular pada tahun 2012 dengan mendapat 107 kerusi parlimen manakala Parti Istiqlal hanya mendapat 47 kerusi parlimen.
“Parti Keadilan berjaya menjadi parti pemerintah baharu Maroko atas nama Islam bukan atas nama sekular atau liberal sehingga hari ini, 2015,”katanya

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej