MENENTANG KEZALIMAN : Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun(Program kebajikan & pilihan raya) |
|
Pas dan Islam
|
PAS sebagai wadah perjuangan untuk merealisasikan daulah islamiah tertegak dibumi MERAYU ini yg berlandaskan ALQURAN & HADIS sebagai perlembagaanya bukan semangat kebangsatan (kebangsaan) yang diwarwarkan oleh UMNO kununnya melaksanakan ISLAM melalui semangat Kebangsaan. Kalau UMNO gunakan ALQURAN & HADIS sebagai perlembagaan dah lama PAS dibubarkan. Cuba teliti dahulu sebelum memberi sokongan pada mana-mana pihak dan jangan jadi HAPRAK & BARUA....
Sama-samalah kita mencari jalan yang terbaik untuk mempastikan Malaysia menjadi negara Islam.
Persoalan ini berfokus kepada cara untuk menegakkan Islam, setelah pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.
Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dalam sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yang wajib untuk menuju kepada kefahaman yang sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yang sahih) serta perbahasan ulama yang muktabar tentangnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dalam bahasa itu adalah satu keperluan yang wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yang mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dengan al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yang mesti dan wajib.
Apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?
Mungkin kita beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:
(1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat,
(2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yang berjuang menegakkan Islam melalui parti politik,
(3) Parti politik berasal drp sistem kafir,
(4) Parti politik boleh digantikan dengan cara berdakwah kepada iman dan amal, seperti yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh.
Tetapi ada hujah2 lain yang menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebagai suatu yang masyru` bahkan dituntut dalam zaman sekarang. Hujah2nya seperti berikut:
1) Tiada nas s/ada dalam al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yang muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dalam syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yang berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yang melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yang menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dengan sokongan nas2 yang lain, yang difahami oleh ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dengan sokongan ilmu yang luas tentang hadis Nabi s.a.w., yang merupakan praktis kepada seluruh hukum Islam yang wujud sebelum kemangkatan baginda.
Oleh kerana tiada nas yang melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.
2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yang berjuang untuk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar daripada asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan untuk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dengan kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yang melarangnya.
3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kepada nas yang lain, kita dapati penubuhan parti politik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berjuang di jalan-Nya dalam satu saf (barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yang berdiri teguh" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yang ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yang lebih baik daripada kaum yang ingin merobohkan Islam atau yang berpura-pura cinta Islam, ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yangg setanding dengan musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dengan mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yang tersusun dan sistematik daripada para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dengan tulang empat kerat.
Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yang memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan orang kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yang berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, orang yang menduduki kerusi2 eksekutif itulah yang mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dalam pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (Walaupun mandat itu diperolehi secara penipuan seperti undi pos yang menjadi taboo kepada pembangkang). Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dalam al-Quran (hudud), rakyat (termasuk orang yang cintakan al-Quran dan Islam) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar walaupun perit. Bukanlah susah untuk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dengan sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yang entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yang mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebagai kerajaan pusat.
Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari daripada merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yang diusahakan? Bukankah perpindahan dari Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebagai satu strategi untuk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yang bebas dan berdaulat (walaupun bukan secara parti politik seperti hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yang berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan sistem yang bebas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yang paling besar?
Jawapan kepada soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi untuk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dalam konteks Malaysia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dengan pahala yang paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas daripada itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yang tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, seperti suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yang mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (seperti arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yang bukan bertujuan jahat) dan yang paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kepada sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Orang bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kepada Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? nampaknya lebih kepada syok sendiri!!
4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dengan berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dengan cara itu saja negara Islam akan tertegak seperti Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. Walaupun tak dinafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kepada sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dalam satu saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yang terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yang jelas atau yang seperti musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yang syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah tentang apakah boleh berparti politik.
Maka dalam konteks hari ini, berparti politik untuk menegakkan Islam adalah lebih dekat kepada wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yang berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yang tidak akan sempurna perkara yang telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) samada dalam bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yang telah pasti berdasarkan nas2 yang telah sedia ada dalam al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dapat dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yang memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.
Dalam konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dengan cara2 seperti: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam walaupun demokrasi palsu), revolusi (sepertt Iran 1979), reformasi (seperti Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yang lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.
Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kepada pejuang Islam untuk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yang khusus untuk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dalam realiti negara hari ini!! Ada sesiapa lagi yang nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???
5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin), memang tak perlu kepada parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban sepertt para khalifah yang dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung daripada Nabi s.a.w. itu? Tak ada!! termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebagai pangkalan untuk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung seperti di Saudi lebih membawa kemudaratan kepada umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.
6) Tidak semua perkara yang dicipta oleh orang bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (seperti sistem pilihanraya dan parti politik). Yang menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh orang bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yang mengharamkannya.
7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yang banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yang sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dalam perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yang lebih luas lagi daripada yang tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yang sempurna. Perbaikilah mana2 yang tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dengan kehendak Islam. Jangan kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yang parah nih!!
Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yang sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jangan kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yang tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebagai tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kepada iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yang nakal seorang dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yang masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dalam jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jangan hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebagai pengundi yang sah dan berilah undi untuk parti yang memperjuangkan Islam.
Jika pemerhatian rambang pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan selama hampir 12 tahun, Terengganu dekat dua tahun setengah jelas menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan undang-undang Islam, berbagai method dan kaedah pengurusan dan pentadbiran Islam telah direalisasikan secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh ...
Pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, pengurusan masjid, pejabat tanah dan lain lain mengalami perubahan sungguhpun tidak keseluruhan kerana sebagaimana yang umum ketahui, pertukaran KERAJAAN negeri dari BN kepada PAS/BA tidak melibatkan pegawai2 kerajaan yg mana tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri. Perkara ini memerlukan satu proses yg berterusan supaya setiap arahan kerajaan negeri diterimapakai kerana mereka bekerja dengan kerajaan negeri bukannya parti yg memerintah. Kerajaan negeri tidak boleh membuang pegawai2 yg tidak sebulu dengannya dengan sesuka hati. Doktrin ini perlu difahami dengan jelas.
Tak hairanlah sekiranya kita melihat Kelantan sebagai sebuah negeri ‘anak tiri’ kepada Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa mengikut ideologi sendiri kerana terperangkap dalam serba serbi jerangkap yang memenjarakan. Namun sekalung tahniah kepada Kelantan yang berjaya meminimakan hutang negeri kepada Persekutuan yang ditinggalkan oleh juak BN dikala mereka memerintah dulu.
Walaubagaimanapun mari kita renungkan sedikit komentar yang ingin diutarakan disini, bukan mengenai 12 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tetapi setelah hampir 45 tahun Tanah Melayu asalnya, kini bertukar menjadi Malaysia diperintah dijajah oleh satu parti perikatan majoriti rakyat majmuknya, Barisan Nasional, apakah yang dilakukan dan dibuat oleh mereka pada rakyat buminya ?
1. Sehingga borang permohonan murtad dari manusia yang berugama Islam meningkat tebalnya mencecah 3 kaki di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI.
2. Sehingga kadar jenayah dimerata pelusuk negara meningkat mencecah paras bahaya dan kritikal yang menyebabkan anggota petugas keselamatan tidak mampu lagi memikul tanggungjawab tersebut lalu berebut-rebut mereka memikul tugas orang lain seperti saman ekor !
3. Sehingga tertubuhnya badan pencegah dan pemantauan HIV yang dipimpin oleh anak kandung PM sendiri– Marina yang mana fungsinya juga menggalakkan lagi penambahan angka pesakit AIDS dengan kempen ‘guna kondom’nya melalui dasar-dasar maksiat negara secular pimpinan bapaknya.
4. Sehingga kadar kemiskinan rakyat termiskin terus meningkat melalui dasar ekonomi baru, dasar pembangunan sosio-ekonomi dan pelbagai dasar yang kian menghimpit manusia tertindas yang majoritinya sama agama dengan pucuk pimpinan “haprak” negara !
5. Sehingga masih ramai terdapat ‘orang asli’ yang tidak menyedari hakikat dan tuntutan Islam terhadap umatnya. Masih berdiri dalam kawanan dan kawasan kelompok makhluk engkar yang menerima kebathilan dan menolak yang haq !
Saban hari kita melopong dihadapan kaca tv, tunduk diam membaca warkah perdana, menadah cuping telinga dicorong radio cerita dan berita mengenai warna-warni kemajuan negara dicapai satu persatu kononnya membawa nama negara setaraf negara maju ataupun negara Islam paling maju ! (walhal hutang keliling pinggang)Dan pada masa yang sama kita menyaksikan negara kita ‘maju’ dalam keruntuhan akhlak rakyat jelatanya, kegagalan dasar-dasar sosio-ekonominya, kemusnahan struktur dan harmoni masyarakat madaninya, kepincangan sistem pentadbiran yang penuh korup dan hina dina.
Bagaimana kita dapat mengIslamkan orang kafir dan orang asli sedangkan orang Islam yang ‘asli’ masih belum redha menerima pakai Islam secara mutlak seperti ketua pemimpin negara Islam sekular Mahathir Mohamad yang tinggal di hutan tropika kekal Putrajaya bersama penasihat dan pengikut jumudnya. Itu lebih WAJIB kerana orang sebeginilah yang menghidupkan dan mengagungkan hukum rimba belantara demi kepentingan nafsu buas masing-masing daripada orang asli yang mendiami hutan rimba belantara.
|
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej