Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, February 24, 2015

Sedikit coretan dan luahan dari Karkun Tabligh, Diharap article di bawah ini dapat menjelaskan segala kekusutan mengenai hukum berpolitik dalam Islam

Politik dari sudut Islam

https://groups.yahoo.com/neo/groups/Kelantan-kita/conversations/messages/871

  • Politik dari sudut Islam
    Assalamu'alaikum wmwb semua,

    Diharap article di bawah ini dapat menjelaskan segala kekusutan
    mengenai hukum berpolitik dalam Islam. Kita dapati ramai di kalangan
    masyarakat kita yang amat cetek pengetahuan dan kesedaran politik.
    Dari survey yang telah dibuat sekitar 1998 oleh sebuah agency
    independent, hanya 58% bangsa Melayu yang layak mendaftar mengundi
    telah mendaftar berbanding dengan 72% di kalangan India dan 94% di
    kalangan bangsa Cina. Angka untuk yang pergi mengundi pula mungkin
    lebih rendah.

    Yang paling saya sedih ialah ada kumpulan atau jemaah Islam yang
    menolak politik secara total. Saya merupakan seorang karkun Tabligh
    juga tetapi telah lebih cenderung kepada parti PAS dan menjadi aktif
    sekarang sebagai pendokong PAS. Ini disebabkan kesedaran yang timbul
    selepas pelbagai selidikan, perbincangan, perbahasan dsb dengan
    inisiatif sendiri untuk mendapat gambaran jelas tentang politik.
    Malangnya ramai di kalangan ahli Tabligh yang tidak berminat untuk
    berpolitik atau menganggap politik bukannya Sunnah sedangkan seperti
    yang saya tulis tempohari, menegakkan hukum Allah (adakah cara lain
    selain memegang tampuk kuasa politik) merupakan Sunnah Rasulullah
    s.a.w. yang paling besar dan menjadi fardhu ke atas kita. Jadi kenapa
    kita lebih menekankan Sunnah-sunnah kecil yang samada sunat atau
    wajib sedangkan ada Sunnah yang lebih agung?

    Maafkan saya kerana komen ini. Tulisan dan pandangan saya adalah
    untuk kebaikan dan kemenangan Islam. Alangkah indahnya jika jemaah
    Tabligh yang mempunyai keahlian (tidak formal) beserta sympathizers
    dianggarkan sekitar 500,000 orang di Malaysia ini sama-sama berjuang
    menegakkan negara Islam dan tertegaknya hukum Allah. Dengan cara itu
    akan memudahkan kita berdakwah dengan iman dan amal tanpa banyak
    halangan. Dengan kuasa politik nanti, kita boleh mengurangkan sarang
    maksiat dan mengadakan banyak program kesedaran untuk remaja yang
    memang sengaja dirancang dan dipupuk oleh UMNO/BN supaya jauh dari
    Islam.

    Mahathir pandai mengatakan di dalam banyak majlis menyeru masyarakat
    menghayati Islam yang sebenar dan bukannya Islam ala PAS, kununnya.
    Tapi bagaimana Islam sebenar mengikut UMNO? Apa yang ada sekarang
    kah? Kalau kita biarkan UMNO/BN memerintah lebih lama saya yakin
    Malaysia akan menjadi Turki. Tanda-tanda ke arah itu sudah ada
    (mengurangkan bantuan ke sekolah ugama, tidak mengiktiraf sekolah
    pondok, khutbah diseragamkan dan lebih mengampu UMNO/BN, tazkirah dan
    kuliah diharamkan, hukum menutup aurat sentiasa di kelirukan oleh
    Astora Jabat dan Jakim sendiri, masjid untuk solat - lepas doa mesti
    balik, dan banyak lagi).

    Saya meminta izin dari Minda Rakyat (Mengapa orang Islam perlu
    berpolitik) untuk membuat salinan article di bawah dan disebarkan
    kepada saudara kita yang lain. Diharap semua netters juga memainkan
    peranan menyebarkan article seumpama ini. Pedulikan jika orang kata
    kita spamming - kita tidak ada cara lain lagi. Kalau UMNO/BN dok
    spamming dan paksa rakyat percaya berita fitnah oleh Bernama, BH, UM
    semua kenapa boleh pula?

    Diharap sebarkan juga kepada semua karkun Tabligh yang anda kenali
    supaya mereka sedar kebenaran politik Islam. Tampalkan di
    masjid/surau/kilang dsb juga.

    Wassalam

    Mengapa orang Islam perlu berpolitik? From: "Syed Mohamed"
    <smham@...>
    To: <dppkd@...>
    Subject: Pertanyaan yg penting!
    Date: Sat, 17 Feb 2001 19:13:12 +0800

    Assalamualaikum wbt....

    USTAZ,
    saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan
    penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat
    menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli
    Alquran dan juga hadis soheh.

    Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di
    Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh
    memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik
    ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang
    nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan
    Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang
    dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

    Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di
    negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng
    dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah
    laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak
    ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa
    tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan
    tabligh tersebut?

    Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn
    memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru
    kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza
    Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh
    tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun
    sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk
    mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan.Saya
    dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati
    dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat
    kehidupan!!

    Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh
    ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu
    agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada
    usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai
    Iman dan amal!!

    Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak
    yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah.
    Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita
    hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab
    apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT
    RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh
    itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya
    masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada
    dalam kelalaian!!

    Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam
    dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

    Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya
    mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau
    apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang
    pada kebenaran..

    Jazakallahu khairan kathira.

    Muhammad Syafiq




    Jawapan Ustaz Ali Muda
    Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

    Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami
    Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa
    peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama.
    Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan
    yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah
    s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

    Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr
    bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh
    diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah
    boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg
    menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad
    s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti
    politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

    InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara
    akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun
    sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak.
    Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan
    sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan
    bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya
    ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar.
    Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan
    kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen,
    fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat
    berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas
    prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia
    berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan
    pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam
    terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk
    menuju kpd kefahaman itu.

    Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm
    sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd
    kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu
    nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar
    ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama
    muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm
    bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu,
    kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran
    dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga
    suatu yg mesti dan wajib.

    Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak)
    penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

    Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2: (1) Di Arab
    Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh
    memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada
    zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3)
    Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh
    digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan
    oleh Jamaah Tabligh.

    Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan
    penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut
    dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

    1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg
    muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm
    syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa'
    al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di
    dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg
    melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh,
    ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar
    menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib
    dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu,
    dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm
    bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-
    Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan
    praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

    Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik
    adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

    2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg
    berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal
    dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi
    sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-
    Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara
    kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm
    perkara dosa dan permusuhanc" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam
    bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia
    dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut?
    Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

    3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati
    penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia
    adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah
    menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf
    (barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri
    teguhc" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam
    tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp
    kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt
    yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan
    yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn
    mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik
    drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan
    mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn
    tulang empat kerat.

    Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yg memonopoli sistem
    demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga
    saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah
    sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan
    saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di
    dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak
    yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja
    (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti
    dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki
    kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau
    membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm
    pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan
    sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi
    mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun
    mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo
    kpd pembangkang). Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum
    jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-
    Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga
    barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit.
    Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan
    harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg
    entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar
    perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab
    mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

    Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang
    Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk
    melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu
    melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr
    Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan
    Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yg bebas
    dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara
    logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa
    berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam
    akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg
    beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman
    dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para
    Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat
    pahala yg paling besar?

    Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi
    utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini".
    Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah
    dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan
    kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

    Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat,
    zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam,
    Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di
    Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu,
    kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu.
    Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t.
    yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau
    kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan
    hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan
    ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad
    memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan
    segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan
    menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan,
    ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan
    jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat
    kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak
    melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan
    kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin
    memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa
    kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? cnampaknya
    lebih kpd syok sendiri!!

    4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin
    hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan
    bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji,
    zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dgn cara itu saja
    negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-
    Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah
    baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan
    panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati
    kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu
    saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak
    teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas
    atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg
    syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh
    berparti politik.

    Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam
    adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-
    Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa
    waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah
    wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga
    hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm
    bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad,
    dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan
    nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak
    bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan
    sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem
    Islam itu wajib hukumnya.

    Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat
    dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan
    negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979),
    reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh
    mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan
    selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

    Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti
    politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk
    mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk
    menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak
    boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi
    eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti
    negara hari ini!! ccccAda sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti
    semasa secara membuta tuli???

    5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-
    Khulafa' al-Rasyidin), memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab
    memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari
    ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban
    spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara
    langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!c termasuklah kerajaan Arab
    Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan
    tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk
    menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti
    politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat
    kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

    6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu
    haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti
    politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya
    dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg
    mengharamkannya.

    7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh
    buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2,
    pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi
    apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan
    baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama
    sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm
    perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

    8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga
    mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal
    yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2
    kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2
    yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat
    dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut
    memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah
    pula. Ini yg parah nih!!

    Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara
    berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti
    Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah
    (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti
    Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para
    pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal
    juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu
    perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh
    pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha
    meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh
    itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular
    pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg
    memperjuangkan Islam.

    Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda 



















































































































































No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej