Kalau teringin bunga hati
Sila lah ke gunung rapat
Kalau rasa pedas Di Hati
Sila Lah Fikir atau Bertaubat
Sila lah ke gunung rapat
Kalau rasa pedas Di Hati
Sila Lah Fikir atau Bertaubat
Dulu kita seronok, ramai keluar dari UMNO menyokong PAS kerana tak suka politik UMNO, tak suka dengan korupsi dan kerosakan dlm UMNO.
Rupa rupanya mereka cuma tak suka kepada korupsi dan kerosakan dlm BN / UMNO saja, bukan kerana Allah dan Rasul pun !
Kalau kerana Allah dan Rasul, sudah tentu mereka tak ujud satu lagi politik dalam politik !!!!
INI apa !???
Duduk dlm jamaah islam , tapi walak kepada ketua jama'ah lain yg bukannya parti Islam !!
Cukup menghairankan ...
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" DARI KALANGAN KAMU. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya[6].
Peringatan Allah ini, kenapa tak mau pakai dan rujuk ?
حدّثنا أبو النُّعمان حدَّثنا حمادُ بن زيدٍ عن الجَعدِ أبي عثمانَ حدَّثني أبو رجاءٍ العُطارديُّ قال: سمعت ابنَ عباسٍ رضي اللَّهُ عنهما عنِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: «من رأى من أميرِه شيئاً يكرَهه فلْيصبرْ عليه، فإِنه من فارقَ الجماعةَ شبراً فمات إلا مات مِيتةَ جاهليةً
Sesiapa yang melihat pemimpinnya perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang memecah-belahkan jamaah walaupun sejengkal lalu mati, maka tidaklah matinya itu kecuali mati dalam keadaan jahiliyyah.[9]
Kalau depa betul betul adalah di dalam "hizbullah" nescaya mereka akan merujuk Alquran dan hadis. dan akan patuh dan menjadi lembut bila menbaca Alquran dan Hadis...
Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah jamaah Islam. Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar ada menyatakan:
لا إسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا أمير ولا أمير بلا طاعة
Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.
PAS, sejak dari awal lagi diterajui oleh Ulama, memang tradisinya begitu , tak lama dulu sebelum 80an, PAS adalah dikenali sebagai parti org org pondok, serban, jubah, tok guru tok guru Pondok adalah sinonim dengan PAS.
Dulu ... kalau lihat saja org tu org pondok, berserban jubah berjanggut, mesti org kata itu penyokong PAS ....
Sekarang ... beberapa pemikiran modern cuba merubah tradisi ini... TERMASUK PENERAJU DAN PRESIDENT PUN DEPA NAK UBAH KEPADA ORANG PROFESIONAL !!!!
Lainlah kalau profesional tu ada didikan dan pelajaran agama yg kukuh dan Alim !
Kalau hangpa nak perjuangkan sekular, liberal dan "Islam Ceroi", pergi la ke UMNO atau DAP atau PKR atau mana mana parti
Kalau hangpa rasa nak pangkat, nama dan kedudukan ... buat parti sendiri lah .. jangan menumpang PAS yg sudah kukuh dan lama ....
Simpan sikit rasa malu tuh !
Saya bertegas,
saya HANYA akan mufaraqah sekiranya
tok guru melakukan kesalahan
syari'ei Hingga Menyebabkan Perlunya Mufaraqah
Selain itu .. TIDAK !
Sebab Parti Yg Saya Tengah
Sokong Ialah Parti Berdasarkan Islam, Berdasarkan Alquran Hadis
Kalau Tak Mau Tunduk
Alquran Dan Hadis, Jangan Duduk Dlam PAS, Bahkan
Kena Keluar Cari Bumi Lain !
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej