Pemimpin bukanlah sesuatu jawatan yang harus direbutkan. Kerana sangat sedikit jumlahnya di kalangan manusia yang memiliki ciri- ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin.
Di dunia hari ini orang yang bergelar Presiden, Perdana menteri, Sultan, Raja, Amir, atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin.
Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus, mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda,
pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi, pertanian, kewangan dan lain-lainnya.
pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi, pertanian, kewangan dan lain-lainnya.
Mereka bukan saja tidak membawa hati manusia kepada kebaikan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahukan sistem Islam.
Mereka bukan saja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran.
Inilah diantara salah faham manusia tentang kepemimpinan, sebab itu tidak hairan, di mana-mana terjadi perebutan untuk menjadi pemimpin.
Ada yang sanggup hingga ke peringkat mengorbankan nyawa pengikut demi mencapai cita-cita kepemimpinan. Adakalanya tercetus permusuhan, jatuh menjatuhkan, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan tahun kerana berebut untuk menjadi pemimpin.
Sedangkan masing-masing hanyalah menegakkan dan memperjuangkan kepalsuan.
http://heliconiaweblog.com/tag/politics/
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej