Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, February 7, 2015

Penghormatan Manusia Buat Wanita Yang Berhijab

Penghormatan Manusia Buat Wanita Yang Berhijab
Posted on Saturday, February 07 @ 07:21:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Artikel"
Apabila seseorang wanita memakai hijab sebagaimana yang disyariatkan Islam, manusia lain secara umumnya akan menganggap wanita itu sebagai wanita yang mulia dan tidak patut diganggu.  Itulah perasaan yang tercampak ke dalam hati-hati manusia.  Mereka dengan mudah melihat wanita-wanita yang berhijab sebagai wanita terhormat, in shaa’ ALLAH.


Cuba tonton video ini yang menunjukkan reaksi berbeza manusia terhadap gangguan kepada wanita tidak berhijab VS wanita berhijab.  Sungguh pun video berikut bukanlah hujjah untuk menguatkan mesej di perenggan di atas, namun ia bisa menjadi suatu yang difikirkan iktibarnya. 
VIDEO  
Sebab itu jangan pelik kenapa ramai lelaki berasa terganggu dan marah apabila wanita berhijab dipeluk oleh selebriti Korea tempoh hari, tetapi tidak mendatangkan reaksi sama apabila artis wanita kita berpelukan dengan jantan lain.  Memang itulah reaksi umumnya.
Semua wanita wajar dihormati dan dilindungi.  Tetapi wanita berhijab ada kemuliaan tersendiri.  Dan hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran.  ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya:  “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  (Surah al-Ahzab, 33:59)
Pemakaian berhijab yang menepati syariat Islam memang suatu tanda umum bahawa si pemakainya adalah wanita yang baik dan ia bisa menjadi suatu perlindungan dari gangguan orang-orang lelaki yang berniat jahat, in shaa’ ALLAH.  Dengan syarat pakai menurut syariat Islam dengan sebenar-benarnya.
Alangkah baiknya jika kita semua terutama para wanita beriman dengan ayat al-Quran di atas!
Sedih
Sebelum ini saya pernah dengar suatu temuramah sekumpulan selebriti luar negara yang menyangka wanita-wanita Islam yang bertudung menutup aurat adalah wanita-wanita yang pemalu, sopan dan tidak bercakap dengan lelaki secara sembarangan melainkan ada urusan.  Itulah tanggapan umum mereka.  Mereka hormat pada asalnya.
Namun, tanggapan mereka meleset apabila mereka dapati wanita-wanita Islam yang bertudung turut tergedik-gedik juga dengan mereka seperti wanita-wanita lain.  Mereka terkejut.  Tetapi dalam masa yang sama mentertawakan hal tersebut.  Hal ini menyedihkan saya.  Hendak marah pun ada.  Sudah elok berhijab dan dihormati, diri sendiri mencemar diri pula.
Aduhai muslimat sekalian, sungguh Islam itu telah memuliakan kalian dan kita semua.  Dengan hanya cara berpakaian secara menutup aurat sahaja, boleh memberikan mesej bernilai kepada orang lain.  Malah mendatangkan rasa hormat manusia kepada kalian.  Tetapi sayang, kalian sendiri yang menjatuhkan maruah sendiri.  Kita sendiri yang merendahkan dan menghilangkan rasa `izzah (kemuliaan) itu.  Dan kita sendiri yang mengotorkan imej Islam.
Baca juga mesej-mesej buat muslimah mengenai hal yang sama seperti di bawah:
Ayuh insaf dan taubat.  Hayatilah Islam dengan sebenar-benarnya!
Semoga ALLAH pelihara kita semua di dunia dan di akhirat, amin…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej