Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
Tetapi, untuk yang berada pada wilayah yang sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.
Dalil Al-Qur'an mengenai arak ....Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)
Adakah ayat alquran ini berbentuk menghina ?
Ayat di atas ditujukan kepada "org beriman" dengan Allah dan Rasul
Ayat di atas ditujukan kepada "org beriman" dengan Allah dan Rasul
Tak kan kita nak kata org yg minum arak , berjudi , memuja berhala dan bertenung nasib itu mulia ?
So.... kalau tak mulia...KITA NAK KATA APA ?
Kepada para penentang..... di mana salah dan silapnya alquran ?
Adakah ia (alquran) nak memelihara maruah, aqal dan kemuliaan manusia itu sendiri ???
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej