Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, February 1, 2015

Awal awal agama mengenal allah, Kenapa ?



Dimulai dari mengenal... maka akan datanglah
Kasih, cinta, rindu dendam, tidur tak lena, makan tak lalu, asyik termenung, asyik teringat, menangis tika rindu.... itulah petanda petanda org arif billah cinta kepada Tuhannya.
Semua itu datangnya dari mengenal... mana mungkin org yg tidak mengenal akan dapat semua itu ?
Sebab itulah Ulama Usuluddin sering mengungkapkan kata kata ini
أول الدين معرفة الله
Awal awal agama itu mengenal Allah.
Kenapa ?
Tanpa kenal Allah,
- mana nak mai kenal agama, kerana agama itu datang dari Allah ?
- mana nak mai cinta akan akhirat ?
- mana nak mai cinta akan Rasul ?
- mana nak mai cinta akan syurga / neraka ?
- mana nak mai cinta Ulama ?
- mana nak mai cinta sesama mukmin ?
- mana nak mai benci maksiat ?
- mana nak mai benci dosa ?
- mana nak mai benci kefasikan ?
- mana nak mai benci rasuah ?
- mana nak mai benci korupsi ?
Allah adalah tuhan yg mencipta alam semesta, diri, roh, syurga neraka, rezki dan makanan, kekayaan dan kemiskinan, kebahgiaan dan kesengsaraan.
Segala sifat keji manusia, maksiat dan dosa itu hanya kerana tidak kenal seseorang itu akan Tuhannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej