Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, February 2, 2015

Nak tau seseorang itu beriman atau tidak


Rasulullah ﷺ berpesan lagi:
لاتجسسواولاتحسسواولاتباغضواولاتدابرواوكونوعبادالله اخوانا

"Janganlah kalian mencari-cari keburukan dan mengintai kesalahan orang lain, janganlah saling membenci, dan juga saling membelakangi. Jadilah kalian sebagai hamba Allah yang bersaudara."
Imam Al-Auza'i mengatakan, perkataan التجسس bermaksud mencari-cari sesuatu, sedang perkataan التحسس pula bermakna mencuri dengar perbuatan seseorang atau sesuatu kaum, sedangkan mereka tidak menyukai hal itu, atau mendengar dari sebalik pintu-pintu mereka. Adapun perkataan التدابر bermaksud memutuskan hubungan. Demikian yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim. (Tafsir Ibnu Katsir, Juz 26, hal 490)

Sedangkan aib sendiripun Allah larang kita mededahkannya, inikan pula aib orang lain.

"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615, disahihkan dengan syarat Bukhari dan Muslim)

 Nak tau seseorang itu beriman atau tidak... selepas org bagi tazkirah dan peringatan... maka dia masih tak memperdulikannya...dan terus menerus melakukan kesalahan.... maka maklumlah kita yg dia tak ada iman... dia sama seperti kuffaar yg musyrik...yg ingkar akan suruhan dan larangan Allah......

Cuba check kehidupan org seperti ini.... check solatnya, check akhlaqnya.. check puasanya,... selalunya org cam gini tak perduli haram halal, tak solat , tak ngaji ilmu agama ... kehidupannya senantiasa dlm kefasikan dan derhaka kepada Allah....
pengalaman saya dengan org sebegini semasa berada dalam UMNO dulu.... cam gini lah ..... memang tak tumpah...
bila bab menghina org mukmin... menghina ulama.. menghina org berjilbab.. dia ke depan.....!



Dalam hadis Muslim, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Tidaklah Allah menutupi aib seseorang hamba di dunia, melainkan Allah akan menutupi juga aibnya itu pada hari Kiamat."

Hal ini kerana Allah SWT sangat menyukai budaya menutup aib dan menggalakkannya. Kita dikehendaki untuk selalu menutupi dosa, sama ada dosa yang kita lakukan sendiri ataupun dosa yang dilakukan oleh orang lain. Cadangan ini sangat banyak kita temui di dalam hadis-hadis lain.

Misalnya hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutupi (aib dan dosa) seorang Muslim, Allah akan menutupinya (aib dan dosa) di dunia dan di Akhirat."

Sebaliknya, kita diharamkan untuk membuka aib sendiri atau orang lain. Orang yang suka membuka dan menyebarluaskan aib orang lain diancam dengan hukuman yang sangat berat di dunia dan di Akhirat.
Dalam hadis riwayat Ibn Majah daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang menutupi keburukan saudaranya seislam, Allah akan menutupi keburukannya pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang menyingkap keburukan saudaranya seislam, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga ia akan terhina meskipun di rumahnya sendiri."

Berdasarkan hadis-hadis di atas, saya berani menegaskan bahawa tidak beriman sama sekali orang yang berusaha mencari-cari aib saudaranya, lalu menyebarluaskan aib tersebut dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baiknya. Namun sedihnya, sikap ini sering dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu yang seharusnya takut kepada hisab Allah SWT pada hari kebangkitan.

Sementara orang kafir dan munafik, iaitu orang yang tidak menyedari sama sekali pengawasan Allah SWT kerana tidak beriman kepada Tuhan pencipta alam semesta, maka mereka melakukan kemaksiatan di depan semua manusia tanpa malu-malu. Sebagai balasannya, Allah akan menghisab mereka dengan disaksikan seluruh makhluk, sebagai penghinaan dan seksaan mental sebelum mereka berasa seksa Neraka.
Di hadapan seluruh makhluk, Alla SWT akan mempersoalkan semua dosa yang pernah dilakukan, daripada dosa yang besar sehinggalah yang sekecil-kecilnya. Setiap kali dia menyangkal dosa tersebut, Allah SWT mendatangkan saksi-saksi yang tidak dapat mereka dustakan,
"Pada hari ini kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan mereka, dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Surah Yasin 36: 65)
Imam Abu Daud dalam kitab al-Ba'th meriwayatkan daripada Muawiyah bin Qurrah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Mereka akan datang pada hari Kiamat dengan mulut tertutup. Anggota tubuhnya yang pertama berbicara adalah paha dan tangannya."

Pendek kata, setiap orang yang melalui hisab yang sangat teliti ini tidak akan selamat. Sebagaimana dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Setiap orang yang dihisab pasti celaka."Dalam riwayat yang lain pula diriwayatkan, "...pasti diseksa." Imam an-Nawawi berkata, "Hal ini kerana kelalaian dan kekurangan menguasai sifat manusia. Sesiapa yang dihisab dengan sangat teliti, dia pasti celaka dan masuk Neraka."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej