Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, September 30, 2014

Kisah Syeikh Ammar sepatunya sudah mati kata doktor

Seluruh mahasiswa dan pensyarah menangis
Pensyarah, Syeikh Ammar sepatunya sudah mati kata doktor
DIA MENGUJI MINDA KITA
Syeikh Ammar kelahiran Amerika Syarikat sejak lahir sudah dlm keadaan cacat. Tidak ada anggota tubuh yg boleh digerakkan kecuali mulut dan mata. Doktor memberitahu ketika kelahirannya beliau boleh hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.
Namun itu atas pertimbangan manusia, tapi Allah yg Maha Berkuasa. Syeikh Ammar masih hidup sehingga sekarang. Cacat tidak menghalangi beliau utk menuntut ilmu sehingga menjadi seorang Professor.
Sejak usia 11 tahun, beliau sudah mula belajar menghafal Quran dan ketika berusia 13 tahun dia sudah menghafal Quran 30 Juz. Ketika di Universiti beliau adalah antara pelajar yg cemerlang dlm jurusan penyiaran dan komunikasi.
Beliau kini bergelar sebagai seorang pensyarah di Universiti di Dubai dan Amerika Syarikat. Tapi yg lebih menarik dari itu Syeikh Ammar juga dikurniakan seorang anak... Subhanallah! Sungguh mulia wanita yg mahu dan redha bersuamikan beliau.
Syeikh Ammar memberitahu pelajarnya, yg sebenar benarnya cacat ialah cacat berpikir (malas berfikir), cacat kemahuan (tiada cita-cita dan kemahuan) dan cacat perjuangan (tiada jiwa perjuangan)...
Sebagai seorang Muslim, cubaan yg dihadapinya, dia lalui penuh kesabaran dan ikhlas kpd Allah. Sebab dia percaya, di balik kekurangannya, Allah pasti memberikan kelebihan yg tidak dimiliki org lain.
Saat beliau menceritakan kesabaran ibunya dlm menguruskannya dari kecil, para mahasiswa yg hadir menangis tersedu-sedu, bahkan ada beberapa pensyarah lain menangis seperti anak2 kecil.
Beliaupun menyarankan kpd Mahasiswa agar giat menghafal Al Quran dan jgn mudah putus asa. “Hafalkan Al Quran, lakukan dgn ayat2 yg pendek terlebih dahulu, saya pun dulu melakukannya demikian, sampai waktunya saya mampu menghafal satu juz dlm sehari,”ujarnya.
Subhanallah, alhamdulillah , Allahu Akbar ..
LikeLike ·  · 

Taatilah Agama Ketika Menyambut Hari Raya

Taatilah Agama Ketika Menyambut Hari Raya 
Oleh: YBhg. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

SOALAN:Tidakkah sambutan hari raya di Malaysia sejak akhir-akhir ini menyimpang daripada ajaran Islam kerana lebih mementingkan adat daripada agama. Lebih bersukaria daripada mensyukuri nikmat Allah. Lebih berseronok daripada yang sepatutnya. Apakah pandangan Dato' dalam perkara ini. -RAUDAH SAKINAH, Bukit Jelutong, Shah Alam Iklan  
   
JAWAPAN: Menyambut hari raya dalam erti kata bergembira dan bersukacita setelah sempurna berpuasa pada bulan Ramadan adalah dituntut oleh syarak.

Berpakaian baru dan indah sebagai menzahirkan tanda nikmat syukur kepada nikmat Allah adalah juga dituntut.

Berziarah mensiarahi, bermaaf-maafan juga adalah dituntut syarak.

Berjamu selera dan menjamu tetamu mengikut kemampuan masing-masing juga dituntut.

Menziarahi kubur, pada asasnya digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kita kepada kematian. Jika menziarahi kubur hanya dikhususkan pada hari raya sahaja, itu tidak betul kerana ziarahi kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Akan tetapi di Malaysia, menziarahi kubur seolah-olahnya sudah menjadi suatu adat pada hari raya. Ziarah kubur bukan adat, ia adalah agama. Maka lakukanlah kerana agama, bukan kerana raya.

Mungkin secara kebetulan setahun tidak pernah pulang ke kampung dan pulang ke kampung hanya pada hari raya. Pada hari itulah ada kesempatan, tidak mengapa, berziarahlah ke kubur kerana itu suruhan agama.

Ada pun berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk seperti mengada-adakan keraian sehingga menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang.

Berbangga dan bermewah-mewah hingga melampau-lampau adalah juga dilarang, apatah lagi jika berlakum pembaziran.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau.


"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya. (Surah al-Isra', ayat 26-27)

Perihal hiburan, memang menjadi kebiasaan apabila tiba hari raya, itulah hari kita hendak berhibur.

Dalam acara sambutan raya seperti menjamu selera, juga adalah suatu bentuk hiburan.

Sambutan raya di negara kita, ada yang menambah pula dengan bunyi-bunyian, nyanyian, muzik dan berbagai-bagai lagi.

Televisyen pula menyiarkan rancangan hiburan sepanjang beberapa hari, meskipun diselang selikan dengan sedikit berita dan rencana, pada hakikatnya hiburan itulah yang mendominasi sambutan hari raya selama beberapa hari.

Hiburan pada asasnya tidak dilarang oleh Islam, asalkan memenuhi kriteria yang digariskan oleh ilmuan Islam.

Pada zaman Nabi s.a.w pernah Aishah r.a. menjemput kanak-kanak perempuan (jariah) bermain bunyi-bunyian di samping menyanyi dengan Nabi sendiri berada sama dalam majlis itu.

Sedang mereka berhibur dan menyanyi Abu Bakar as-Siddiq kebetulan kerkunjung ke rumah Nabi ketika itu, tiba-tiba mengherdik mereka yang menyanyi dan bermain-main alat bunyian (mungkin ketika itu Abu Bakar tidak sedar Nabi ada sama).

Lalu Nabi s.a.w menegur Abu Bakar dengan mafhum sabdanya: "Tidak mengapa, biarlah mereka bermain hai Abu Bakar, kerana hari ini adalah hari raya."

Yang jelasnya hiburan dibenarkan oleh syarak, akan tetapi hiburan yang berlaku hari ini, tidak seperti yang disebutkan Nabi s.a.w di atas.

Hiburan yang berlaku di rumah Nabi s.a.w. ketika itu amat sederhana, tidak melampau dan tidak ada unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

Hiburan di negara kita hari ini bukan seperti itu. Hiburan sempena hari raya mementingkan nilai estetika yang melampau. Mereka memaparkan kecantikan wanita lebih daripada sepatutnya, berpakaian, menari dengan lagu-lagu pula yang hit-hit sahaja.

Yang nyatanya, hiburan-hiburan ini melalaikan. Itulah yang lebih diutamakan. Inilah yang akan membawa kepada perlanggaran hukum syarak, yang pada saya tidak patut berlaku sedemikian.

Seandainya hiburan hari ini, khususnya pada hari raya, dijuruskan kepada pemujian Allah SWT, menghayati tuntutan Islam berhari raya, mensyukuri dan menzahirkan nikmat Allah yang tidak melampau, mengingatkan manusia agar jangan sampai melanggar hukum Allah, mengingatkan kepada nikmat Allah wajib disyukuri dengan membanyakkan kerja-kerja taat, maka jadilah hiburan itu sesuatu yang bermanfaat.

Kalau tidak ianya akan berubah menjadi 'niqmah' iaitu kemurkaan Allah.

Ada pun berjabat tangan sememangnya digalakan antara lelaki sama lelaki, perempuan sesama perempuan dan sesama mahram (yang diharamkan berkahwin).

Apa yang berlaku sekarang dalam hiburan sebagai contoh, yang mengambil bahagian sama ada lelaki dan perempuan, termasuk pengunjung-pengunjung rumah terbuka bebas bersalam-salaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Ini adalah sesuatu yang jelas dilarang.

Jika itulah yang diamalkan tatkala menyambut hari raya, maka jelas ianya bertentangan dengan kehendak syarak.

Oleh itu perlu diperbetulkan semua amalan ini demi mendapat reda Allah.

Wallahua'lam.


(Petikan dari Akhbar Harakah 23-Oktober-2008)

Larangan melampau lampau dalam perjuangan

Saya nak bagi nasihat sesama sendiri. Janganlah kita mencerca sembahan org bukan Islam. Agama (Allah) sudah telah melarang sejak lebih 1400 dahulu. Namun kerana kejahilan, ramai antara kita yg melanggarnya.

Lagi pun Allah bukan suruh kita mencerca, tapi Allah minta kita berdakwah ! Mana ada sejarah Nabi mencerca dan mengutuk ngutuk org bukan Islam ?  ADAKAH ?

Lagi satu saya nak peringatkat Admin ANAK MUDA BANGKIT HANCURKAN UMNO baca ayat dan tafsiran di bawah ini. 

Dalam hal yg halal sekali pun kita dilarang melebih lebih dan melampau lampau... Inikan pula hal yg makruh lebih lebih lagi hal yg haram !!!

Ini tidak... dia hari hari tak pernah putus mencerca menghina dan membawa fitnah agar umat jadi lebih kacau. 

Cuba ambil pengajaran dari puak syiah. Mereka sesat kerana dendam yg melebih lebih. Perjuangan yg berlandaskan dendam tidak ke mana. Kita takuti ia akan membinasakan kita. 

Begitu juga kita "berperang" dengan UMNO. Kita tak seharusnya melebih lebih. Kita hanya harus menyatakan kesalahan yg mereka lakukan. Minta mereka sedar akan kesalahan. Berbahas dengan mereka dengan memberikan fakta atau dalil. Tak harus bagi kita mencerca, memaki hamun seperti mengedit gambar rosmah, mencerca rambut dia atau seumpamanya. ITU BUKAN CARA PEJUANG ISLAM !
Katakan pada mereka yg perbuatan itu adalah haram dan dilarang. Minta mereka kembali kepada syari'at Islam yg sebenar .

Selebih dari itu (hidaayah) adalah kerja Allah. Kita cuma diwajibkan menegur, menyampai dan mengajak mereka kembali.

**********************************************

Larangan Memaki dan Mencerca Berhala

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)

Tafsir Ibnu Katsir

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Dan janganlah kamu memaki cerca ilah-ilah (sesembahan) yang mereka ibadahi selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” (Surah al-An’aam, 6: 108)

Huraian dan maksud ayat:

Allah melarang Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan orang-orang yang beriman dari mencaci ilah-ilah (yang sembahan-sembahan) kaum musyrikin, walaupun pada cacian tersebut terdapat kemaslahatan (kebaikan). Ini kerana perbuatan mencaci ilah-ilah kaum musyrikin tersebut memiliki mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar dari kemaslahatan yang terdapat padanya. Iaitu di mana orang-orang musyrikin itu nanti akan membalas balik setiap cacian tersebut dengan cacian yang lain terhadap Ilah kaum mukminin, sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Rabb yang tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) selain Dia.

Sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Ali B. Abi Thalhah, daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang ayat ini:

يا محمد، لتنتهين عن سبك آلهتنا، أو لنهجون ربك، فنهاهم الله أن يسبوا أوثانهم، فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Orang-orang musyrik itu berkata: “Wahai Muhammad, engkau hentikanlah cacianmu terhadap ilah-ilah kami itu, atau kami akan membalas cacian kepada Rabbmu.” Lalu Allah melarang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan orang-orang Mukmin mencaci patung-patung mereka: “kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.”.”

‘Abdurrazzaq mengatakan daripada Ma’mar, daripada Qotadah:

كان المسلمون يسبون أصنام الكفار، فيسب الكفار الله عدوا بغير علم، فأنزل الله: وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ

“Dahulu kaum Muslimin mencaci berhala-berhala orang-orang kafir, lalu orang-orang kafir pun membalas dengan cara mencaci Allah Ta’ala secara melampau-lampau dan tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan. Lalu Allah menurunkan ayat:

“Dan janganlah kamu memaki cerca ilah-ilah (sesembahan) yang mereka ibadahi selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.”

Dalam Tafsir al-Qurthubi, disebutkan bahawa Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

قَالَتْ كُفَّارُ قُرَيْشٍ لِأَبِي طَالِبٍ إِمَّا أَنْ تَنْهَى مُحَمَّدًا وَأَصْحَابَهُ عَنْ سَبِّ آلِهَتِنَا وَالْغَضِّ منها وإما أن إِلَهَهُ وَنَهْجُوَهُ، فَنَزَلَتِ الْآيَةُ

“Orang-orang kafir pernah berkata kepada Abu Thalib (Pak Cik Rasulullah): “Laranglah Muhammad dan para sahabatnya dari memaki dan menghina ilah-ilah (sembahan) kami, atau kami akan membalas balik dengan cara mencaci dan menghina Tuhan-nya.” Maka turunlah ayat ini.” (Tafsir al-Qurthubi, 7/61 – Daar al-Kitaab al-Mishriyah)

Keadaan ini menunjukkan bahawa meninggalkan suatu bentuk kemaslahatan demi menghindari kerosakan yang lebih besar adalah suatu yang didahulukan. Ini antaranya berdasarkan hadis sahih bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الذَّنْبِ أَنْ يَسُبَّ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ، قَالُوا: وَكَيْفَ يَسُبُّ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ؟ قَالَ: يَسُبُّ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ، وَيَسُبُّ أُمَّهُ، فَيَسُبُّ أُمَّهُ
“Termasuk dosa besar adalah orang yang mencaci ayah dan ibunya.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang boleh mencaci ayah dan ibunya?”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Ia mencaci ayah seseorang, lalu orang yang ayahnya dicaci tersebut pun mencaci balas ayah orang yang mencaci. Ia mencaci ibu seseorang, lalu orang itu pun mencaci balas ibu orang yang mencaci tersebut.” (Musnad Ahmad, no. 6840. Shahih al-Bukhari, no. 5973)

Faedah Tafsir:

1, Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang kaum mukminin dari perbuatan mencaci atau mencerca berhala-berhala orang-orang kafir, kerana Allah mengetahui apabila kaum mukminin mencerca berhala-berhala tersebut maka orang-orang kafir pun akan melawan balas balik dengan cercaan terhadap Allah dan orang-orang kafir itu pun semakin jauh (dari Islam) dan bertambah pula kekufurannya.

2, Kemaslahatan perlu didahulukan berbanding keburukan (mafsadah). Dan kemaslahatan yang kecil perlu ditinggalkan jika boleh menyebabkan timbulnya mafsadah lain atau mafsadah yang jauh lebih besar.

3, Tidak boleh sengaja mencari pasal dengan orang-orang kafir kerana hal itu lebih menenangkan dan lebih mudah membuatkan mereka menerima Islam. Perbuatan sengaja menghina sembahan-sembahan orang-orang kafir boleh mengakibatkan keadaan huru-hara, membangkitkan kemarahan, menyemarakkan kebencian yang tidak sepatutnya berlaku, dan hanya menjauhkan mereka dari memahami Islam.

Wallahu a’lam.

Bukan tiket ke syurga



قوله تعالى لا يستوي أصحاب النار وأصحاب الجنة أصحاب الجنة هم الفائزون

Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini

Lagi pencerahan tentang sekular

Kepada Siapa Saja Yg Masih Kelabu... Yg Masih Tak Mahu Bersama Jama'ah Islam... Yg Masih Tak Mahu Bersama Ulama... Yg Masih Cenderung Kepada Sekular.. Yg Masih Cenderung Kepada Selain Dari Perlembagaan Alquran... KAMI CUMA NAK KATAKAN : Suka hati lah... mu nak bangkit selepas mati... samada nak bersama hizbun / kumpulan yg mana kamu suka.... para ulama sudah bagi tips dan panduan... ... mereka sudah berdakwah.... kalau enggan juga... nasib kamu laah ! Kami tak akan lari dari panduan ulama dan org soleh.... kerna kami mahu bersama mereka.... ! Pendokong Sekular Tak pernah ( memang tak akan ) mengiktiraf para pendakwah yg betul betul menjalan amar makruuf nahi munkar, para penguasa akan menurut perintah pemerintah sekular, kerana institusi sekular akan terancam sekiranya pendakwah Islam sebenar dibiarkan memberi ajaran dan pendidikan ahlussunnah yg bersumberkan Alquran / Hadis / Ijmak dan Qias. Setiap negara sekular seperti zaman Kamal Attarturk, hosni mubarak, Bin Ali (Tunisia) telah melalukan perkara yg sama terhadap alim ulama yg menyampaikan risaalah RasulAllah. Apa kita nak heran dengan peraturan sekular di MALAYSIA ????!??!?!?? Di malaysia tidak dapat dijalankan hukuman terhadap orang yang murtad sebab tidak ada hukum Islam. kerana malaysia bukan negara Islam ! ia negara sekular tajaan Lord Reid ! mengikut kepercayaan pendokong perlembagaan Lord Reid, Perlembagaan Lord Reid adalah lebih tinggi dari alquran dan hadis.... dan org yg mengiktiraf perlembagaan lord reid bukan dari golong beriman. kerana mereka tak pernah mempercayai kehebatan kanun alquran....! PERCAYA ATAU TIDAK ? Sekular selalunya melaungkan selain dari Takbir membesarkan Allah, Ia berlaku di mana mana saja dunia sekular seluruh dunia, seperti "hidup Assisi" "hidup mesir" "hidup palastine" "hidup Arab" "hidup Melayu" "hidup PAS" "hidup hindu" dan sebagainya..... SEKULAR TERKELUAR DARI ISLAM DAN AQIDAH ! Puak yg menyokong pun sudah tentu dari golongan sekular juga.... puak ini selalunya akan membuat pelbagai syubhah, menimbulkan keraguan terhadap Islam, memalingkan manusia dari hidayah, berusaha bersungguh sungguh agar manusia lain tidak bersetuju dengan Org beriman..... Apa makna Sekular (ilmiah) ? Ilmiah (Sekular) ialah tidak mengaitkan sesuatu amalan dengan Agama..... Yakni membuat sesuatu perkara dan mempercayai yg amalan/perbuatan/perkara itu tidak akan diambilkira oleh Allah seperti dikatanya Politik Asing Agama Asing. Sebab itu para pengamal sekular tidak akan mengambil berat hal hal Agama kerana ia menganggap benda itu yg dibuatnya tak termasuk dlm Agama...dunia adalah dunia manakala Agama tu Agama laaahh.. (Ia berasingan) ... Salah satu ciri pengamal Sekular ialah mereka tak berat halal haram seperti tidak memakai tudung kepala (bagi pehak perempuan). Pemimpin Sekular tidak akan dan tidak pernah berdakwah dan memesan rakyatnya supaya menta'ati Allah.. Cuba bandingkan, puak yg mengamalkan Islam dengan puak sekular. Terang lagi bersuluh, puak Islaami, pemimpinnya selalu mengadakan majlis ilmu yg di dalam mengajak manusi menta'ati Allah, mengajak mendaulatkan Islam , menta'ati perintah Alah... Manakala puak sekular TIDAK BEGITU !!!! Fikirlaaa Fikiiiirrrrr !

Org Gila Saja Sokong UMNO - Kata Ibrahim Ali

Tak waras dah Berahim ali kata dirinya gila. Kah.kah.kah versi youtube: http://www.youtube.com/watch?v=HVmaFI2x0j0 MAKA BERFIKIR LAH KITA.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN...!!!.

Nilai matawang jatuh

Dr M kritik budaya sokong tanpa persoal Umno

** haaa macai...takkan tak faham2??
Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa ini, kata bekas presiden Umno itu, budaya dalam parti menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.
“Ya, kerana pemimpin harus diberitahu pandangan lain. Seorang pemimpin tidak boleh lakukan apa saja yang beliau suka,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Sebuah video yang wajib ditonton oleh setiap anak Malaysia

Sebuah video yang wajib ditonton oleh setiap anak Malaysia. Terima kasih kerana mempertahankan Malaysia.

Cina perihatin bank tolong muslem

Adakah bank2 Perbankan Islam di negara 'islam' M'sia benar2 ikut cara Islam?.. Tipu daya halalkan riba. Pakcik yang bukan muslim pun faham 'semua itu' adalah bentuk satu penindasan...

Hakim UK pun setuju dengan hukum syariah




Pelakon Komedi Sg Limau !

Anda Berbakat.....???? Pelakon yang berkaliber sedang dicari.. Untuk Berlakon Dalam Filem Hebat Seniman PRK Pengkalan Kubur ... !!!

Antara pencipta Youtube ialah seorang muslim



Antara pencipta Youtube ialah seorang muslim, Jawed Karim yang menubuhkan Youtube pada tahun 2005. Setahun selepas itu, Google membeli Youtube den
Jawed Karim (35 tahun) ialah seorang anak imigran dari Bangladesh dan sekarang dia bernilai US140 juta. Ayahnya berkahwin dengan seorang german saintis, dan keluarga mereka berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1999.

Ini menunjukkan seorang muslim boleh bersaing dalam sektor teknologi jika dia mencari ilmu dengan gigih. Satu inspirasi kepada semua muslim di dunia ini.

http://btmmari.blogspot.com/2014/09/jom-kenali-pereka-youtube-seorang-muslim.html

MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI ?

MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI???

1. Semua negara dimana umat Islam tertindas di dunia melalui proses pembetulan sebelum mereka keluar dari menjadi lebih kuat, bersatu dan maju. Proses pembetulan ini seringkali dipanggil Revolusi Islam. Ada yang melabelkan proses pembetulan ini perang saudara, demontrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya.

2. Revolusi Islam selalunya terjadi apabila sebuah kerajaan samada raja atau parti politik memerintah dengan cara yang salah. Kuasa pemerintahan yang salah yang dimiliki manusia akan menimbulkan banyak penyakit hati. Manusia mempunyai nafsu tanpa had. Manusia yang mempunyai kuasa dan kaya akan lupa diri. Mereka menjadi sombong dan bongkak. Mereka termakan pujukan syaitan untuk terus mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun sehingga mengabaikan hukum hakam Allah. Akibatnya rasuah, penipuan, kronisme dan pelbagai penyakit masyarakat timbul. Di dalam juga Al Quran menceritakan mereka ini seperti namrud dan firaun.

3. Ada yang mengatakan apa gunanya semua ini jika menyebabkan kematian dan negara menjadi huru-hara. Hakikatnya negara menjadi huru-hara dan kematian bukanlah disebabkan kebangkitan umat Islam melalui Revolusi Islam. Keadaan ini terjadi kerana mereka yang berkuasa tidak mahu mengikut hukum hakam yang
telah ditetapkan Allah tetapi mengikut hukum selain Allah. Contohnya perlembagaan dan demokrasi. Mereka yang berkuasa juga tidak mahu kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi selama ini hilang dan terlepas dari tangan mereka akibat penyakit Wahan yang telah meresap dan sebati dalam hati mereka. Mereka yang berkuasa sebenarnya bertuhankan nafsu dan berkiblatkan syaitan.

4. Oleh itu apabila Revolusi Islam terjadi maka raja dan pemimpin dengan pantas menuding kepada umat Islam sebagai penyebab kepada kekecohan dan kemungkinan kematian. Hakikatnya raja dan pemimpin tidak sedar merekalah penyebab utama keadaan ini terjadi. Mereka tidak pernah mengakui bahawa merekalah penyebab sebenar pembunuhan dan kekecohan belaku. Jika raja dan pemimpin benar-benar bertolak ansur dan memenuhi aspirasi umat Islam kekecohan pasti tidak berlaku. Cuba bayangkan jika Mubarak terus meletak jawatan selepas didesak rakyat? Tiada kekecohan dan tiada siapa yang akan
terkorban!!!

5. Sudah tentunya pada awal Revolusi Islam sesebuah negara akan menjadi tidak menentu. Keadaan menjadi lebih getir dan payah. Apa yang terjadi sekarang di sesebuah negara adalah cabaran biasa di awal Revolusi Islam bagi sesebuah negara, sebelum mereka bangkit semula menjadi lebih maju dan mempunyai tinggi jati diri, lebih berani, lebih hebat!!!

6. Hampir kesemua negara dimana umat Islam tertindas sekarang telah melalui proses ini. Mereka semua melalui proses ini dan menjadi lebih maju dengan
jati diri yang lebih hebat terbina dikalangan umat Islam itu sendiri. Apakah mereka ini semua bodoh? Apakah mereka semua ini tidak mengerti? Sedangkan mereka ini semua sedang menguasai dunia…. Apa yang kita kuasai???

7. Proses Revolusi Islam telah menyatukan semua umat Islam di dalam sesebuah negara. Revolusi Islam juga akan mengangkat hero atau pejuang Islam yang sebenar yang benar-benar berjuang demi agama Allah ini. Raja dan pemimpin yang sombong, bongkak terhadap Allah dan mementingkan diri serta hanya mengkayakan diri sendiri dan kroni akan disingkir. Dengan itu Khilafah akan dapat diegakkan sementara menunggu Khalifah sebenar kita Imam Mahdi mengambil alih tampuk pemerintahan untuk memerintah ke atas umat Islam sedunia.

8. Revolusi Islam akan melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang tinggi. Semangat kecintaan kepada agama Islam dan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankannya berada pada tahap amat tinggi. Hubungan kalangan mereka akan menjadi semakin erat dan akrab melahirkan kesepakatan dan
kecintaan kepada agama Islam yang amat jitu dan kental.

9. Paling penting Revolusi Islam sesebuah negara mesti tidak dipengaruhi anasir luar. Sebuah Revolusi mestilah BENAR-BENAR BERSIH yang timbul dari hati sanubari umat Islam dan tidak dipengaruhi negara luar adalah satu keperluan dalam pembinaan jati diri dan semangat kecintaan kepada agama Islam.

10. Umat Islam pasti bangkit menjadi lebih bersatu dan maju di masa depan!!!

Sampai kiamatkah arak judi jadi produk kebanggaan ?

Siapa reda dengan maksiat, maka dia berada dlm kumpulan itu (kumpulan maksiat)
Siapa yg tidak mengerut dahinya (tidak berasa susah hati) bila maksiat berleluasa, maka dia layak menerima azab Allah sepertimana yg telah berlaku di zaman tamaddun Israel dahulu.
LikeLike ·  · 

Sunnah Yg Kita Tinggalkan

AKAN DATANG SATU MASA PADA MANUSIA, DIWAKTU ITU " SUNNAHKU MENJADI RUSAK " SAPERTI RUSAKNYA PAKAIAN PADA BADAN DAN TIMBUL PERKARA BIDAAH.
BARANG SIAPA YANG " MENGIKUTI SUNNAHKU" JADILAH IA "ASING DAN TERPENCIL"
LikeLike ·  · 

Mari kenali Iblis

Mari kenali Iblis.

Iblis ....  wazan bahasa arabnya ablasa, yublisu,  ibleesan yakni yg jauh dari rahmat !

Perangai iblees:  Tika para malaikat melalui Loh Mahfuuz, mereka ternampak tulisan di sana yg menyatakan ada di kalangan para Malaikat yg akan masuk neraka dan jauh dari rahmat Allah. Maka para Malaikat ketakutan yg amat sangat. Mereka pergi berjumpa dengan "guru" mereka yakni "Azaazil". 

Malaikat meminta "Azaazil" memohon agar mereka dihindarkan dari api neraka... maka "Azaazil" memohon kepada Allah agar para Malaikat dijauhkan dari azab api neraka.... padahal dia (Azaazil) tidak berdo'a untuk dirinya sendiri !

Begitulah Takabburnya si Azaazil ini. Dia menganggap yg dia sudah sangat sempurna, tiada dosa dan sangat tinggi di sisi Allah.

Dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali menyebut bahawa nama Iblis itu disebut Al-Abid (ahli ibadah)pada langit yang pertama. Pada langit yang kedua disebut Al-Zahid. Pada langit yang ketiga disebut Al-Arif. Pada langit keempat disebut Al-Wali. Al-Taqi pula gelarannya di langit kelima, Al-Kazin di langit keenam dan Al-Azazil di langit ketujuh. Sementara di Loh Mahfuz disebut sebagai IBLIS.

Sikap azaazil ini... Bila dia dengar makhluq dimasukkan ke dalam neraka, dia mencela dan melaknat ahli dan isi neraka itu . .. padahal sepatutnya kita kena kata "Wal 'iyaazubillah !" BUKAN MENCACI DAN MELAKNAT !

Nama Ahli dari kalangan itu Ialah Azaazil !!!

Ini hendaklah menjadi pengajaran dan pelajaran kepada kita semua.....
Ameen !

PERINGATAN PARA ULAMA BAGI MEREKA YANG MENOLAK HUKUM ALLAH

PERINGATAN PARA ULAMA BAGI MEREKA YANG MENOLAK HUKUM ALLAH
Dr.Muhammad Abdul Qodir Abu Faris – ( Kitab: An-Nizhom As-Siyasi fil Islami ) : “ Wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah s.w.t dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redho, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar.” Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”
Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : "Sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t .
Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.
Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”
****************
Sekular selalunya melaungkan selain dari Takbir membesarkan Allah, Ia berlaku di mana mana saja dunia sekular seluruh dunia, seperti "hidup Assisi" "hidup mesir" "hidup palastine" "hidup Arab" "hidup Melayu" "hidup PAS" "hidup hindu" dan sebagainya..... SEKULAR TERKELUAR DARI ISLAM DAN AQIDAH !
Puak yg menyokong pun sudah tentu dari golongan sekular juga.... puak ini selalunya akan membuat pelbagai syubhah, menimbulkan keraguan terhadap Islam, memalingkan manusia dari hidayah, berusaha bersungguh sungguh agar manusia lain tidak bersetuju dengan Org beriman....
**************
Apa makna Sekular (ilmiah) ? Ilmiah (Sekular) ialah tidak mengaitkan sesuatu amalan dengan Agama..... Yakni membuat sesuatu perkara dan mempercayai yg amalan/perbuatan/perkara itu tidak akan diambilkira oleh Allah seperti dikatanya Politik Asing Agama Asing.
Sebab itu para pengamal sekular tidak akan mengambil berat hal hal Agama kerana ia menganggap benda itu yg dibuatnya tak termasuk dlm Agama...dunia adalah dunia manakala Agama tu Agama laaahh.. (Ia berasingan) ... Salah satu ciri pengamal Sekular ialah mereka tak berat halal haram seperti tidak memakai tudung kepala (bagi pehak perempuan). Pemimpin Sekular tidak akan dan tidak pernah berdakwah dan memesan rakyatnya supaya menta'ati Allah..
***********************
Di Akhir zaman ini, Islam akan berkonfrontasi dengan 3 golongan : Yahudi, Musyrik (Syi'ah) dan para sekular (Munaafiq). Kita boleh kenal Yahudi....
Kita boleh kenal syi'ah... tapi kita amat sukar kenal munaafiq kerana mereka sama dengan kita, se agama dengan kita, berkufiah, berserban, berjubah, berkorban dan sama pergi makkah.
sebab itulah semasa zaman Nabi, Nabi tidak bunuh org munaafiq kerana mereka masih syahaadah ! serta bersolat di belakang Nabi ! ....
Sayangnya Allah menjanjikan Neraka terkebawah lebih teruk dari org kaafir ! Kenapa ?

Mari kenali Perangai Iblis

Mari kenali Iblis.

Iblis ....  wazan bahasa arabnya ablasa, yublisu,  ibleesan yakni yg jauh dari rahmat !

Perangai iblees:  Tika para malaikat melalui Loh Mahfuuz, mereka ternampak tulisan di sana yg menyatakan ada di kalangan para Malaikat yg akan masuk neraka dan jauh dari rahmat Allah. Maka para Malaikat ketakutan yg amat sangat. Mereka pergi berjumpa dengan "guru" mereka yakni "Azaazil". 

Malaikat meminta "Azaazil" memohon agar mereka dihindarkan dari api neraka... maka "Azaazil" memohon kepada Allah agar para Malaikat dijauhkan dari azab api neraka.... padahal dia (Azaazil) tidak berdo'a untuk dirinya sendiri !

Begitulah Takabburnya si Azaazil ini. Dia menganggap yg dia sudah sangat sempurna, tiada dosa dan sangat tinggi di sisi Allah.

Dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali menyebut bahawa nama Iblis itu disebut Al-Abid (ahli ibadah)pada langit yang pertama. Pada langit yang kedua disebut Al-Zahid. Pada langit yang ketiga disebut Al-Arif. Pada langit keempat disebut Al-Wali. Al-Taqi pula gelarannya di langit kelima, Al-Kazin di langit keenam dan Al-Azazil di langit ketujuh. Sementara di Loh Mahfuz disebut sebagai IBLIS.

Sikap azaazil ini... Bila dia dengar makhluq dimasukkan ke dalam neraka, dia mencela dan melaknat ahli dan isi neraka itu . .. padahal sepatutnya kita kena kata "Wal 'iyaazubillah !" BUKAN MENCACI DAN MELAKNAT !

Ini hendaklah menjadi pengajaran dan pelajaran kepada kita semua.....
Ameen !

UMNO berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi peribadi dan kroni.

Wednesday, 25 June 2014

UMNO berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi peribadi dan kroni.

Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kita melihat semakin galak munculnya NGO-NGO yang memakai jubah 'hijau' berjanggut dan berserban untuk menyuarakan 'garisMelayu'. Kita terbaca nama Perkasa, Jati, Jaringan Melayu dan paling baru Isma. Ini hanyalah nama-nama NGO yang sempat kita ingati. Walhal ada puluhan malah ribuan lagi NGO jenis Melayu yang diwujudkan oleh akhbar jala - Penyebar Fikiran Rakyat.

Apabila 52 peratus warga Malaysia menolak United Malays National Organisation dan Pakatan Rakyat memenangi seluruh undi popular di Tanah Melayu dan di Sabah dan Serawak – maka NGO-NGO Garis Melayu ini semakin kuat raungannya. Siang malam mereka mendodoi dan meroyan kerana tuan mereka sedar bahawa kalau tidak dengan penipuan yang dirancang oleh SPR – parti United Malays National Organisation telah terkambus.

Tanpa penipuan SPR dalam PRU13 negara Malaysia pasti telah terlepas dari cengkaman Rosmah dan Najib. Tanpa SPR menipu dalam PRU13 Malaysia telah kembali dimiliki oleh rakyat untuk menjadi sebuah negara yang lebih adil dan lebih demokratik untuk keselesaan anak semua bangsa.

Tetapi apakah sebenarnya NGO Melayu Islam ini? Kenapa mereka meraung? Bagaimana boleh kita memahami NGO ini? Siapa tuan NGOini? Dan apa peranan NGO Melayu Islam ini?

Sekali lagi saya wajib menerangkan kepada pembaca yang budiman bahawa politik ialah ekonomi. Tujuan berpolitik ialah untuk merampas kuasa politik. Dengan kuasa politik segala punca ekonomi akan dapat dimiliki.

Pakatan Rakyat berpolitik kerana mahu mendapatkan punca-punca ekonomi negara ini. Dengan menguasai punca ekonomi Pakatan Rakyat berkemungkinan mengagih-agih punca ekonomi ini dengan lebih adil kepada orang ramai.

Manakala United Malays National Organisation berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi yang mereka miliki. Dengan kuasa ekonomi yang ada dalam tangan, parti ketuanan Melayu bersama konco-konconya boleh merampok dan menjarah ekonomi negara tanpa halangan atau dakwa-dakwi. Dengan kuasa politik parti ketuanan Melayu ini dapat memperkayakan kroni dan anak bini mereka. Dengan kuasa ekonomi parti ketuanan Melayu ini dapat membeli kuasa politik, mengupah polis dan SPR untuk mempertahankan kuasa mereka.

Justeru pertembungan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation ialah perebutan punca ekonomi. Jika ada si polan yang gagal memahami perkara asas ini maka si polan ini akan gagal memahami apa itu politik dan apa itu politik di Malaysia. Gagal memahami asas ekonomi maka akan gagal memahami asas politik. Politik ialah manifestasi ekonomi. Berpolitik bertujuan untuk merangkul dan memiliki punca ekonomi.

Agama, bangsa, bahasa – semua ini – bukan kemudi politik. Agenda ini muncul dan atau dilahirkan hasil dari pertembungan perebutan ekonomi. Justeru, jika kita terus melihat agama, bangsa, bahasa sebagai kemudi politik Malaysia maka kita memiliki pandangan salah. Politik di Malaysia, malah di mana-mana pun politik dalam dunia ini semua dikemudikan oleh ekonomi.

Malah, dalam persidangan OIC atau muktamar Nahdatul Ulama atau muktamar Muhammadiah diIndonesia atau muktamar PAS saban tahun,yang menjadi kemudi perbincangan ialah ekonomi. Pelbagai parti politik Islam atau pertubuhan Islam ini berbincang dalam muktamar mereka untuk mencari jalan memperbaiki taraf ekonomi ummah. Pemimpin parti akan bermuktamar dan bertekad untuk mengeluarkan ummah dari lembah kemiskinan.

Amerika menyerang Iraq dikatakan kerana 'senjata pemusnah' yang dimiliki oleh Saddam Hussein. Tetapi dunia tahu Amerika datang menyerang kerana minyak. Minyak ialah punca ekonomi. Obama datang ke Kuala Lumpur untuk memaksa Najib menanda tangani perjanjian TPPA. Perjanjian TPPA ini ialah perjanjian ekonomi.

Justeru suara dari Perkasa atau dari Isma walau pun bunyinya Melayu, walaupun bunyinya Islam tetapi di belakang Melayu dan Islam ini ialah perebutan ekonomi.

Penganut fahaman Isma atau penganut fahaman Perkasa mengeluarkan kenyataan rasis anti-Cina kerana ekonomi. Pengikut NGO ini melihat secara jelas dengan mata kepala mereka bahawa Orang Cina di Malaysia ini lebih kaya. Orang Cina lebih berwang, lebih senang kehidupan mereka dari orang Melayu. Orang Cina memiliki kota perniagaan, harta orang Cina dalam bandar bernilai tinggi, bangunan dan gedung perniagaan hampir dalam semua kota, pekan dan bandar dimiliki oleh orang Cina.

Jika dibandingkan antara orang Melayu dengan orang Cina, amat jelas orang Cina lagi kaya. Pandangan ini bukan satu pandangan salah.

Ahli Isma dan Perkasa melihat hakikat wujudiah ekonomi yang terpampang di mata mereka maka lahirlah kenyataan awal bahawa Orang Cina di Malaysia ini adalah kaum pendatang. Dari kaum pendatang, kini orang Cina telah ditakrif oleh Isma sebagai kaum penceroboh. Kebencian terhadap Cina itu ialah kebencian kerana ekonomi dan kekayaan di Malaysia ini tidak menjadi milik ahli Isma dan ahli Perkasa.

Kemarahan Isma ini adalah kemarahan ekonomi yang dimanifestasikan dalam bahasa rasis. Ini sama seperti apa yang telah berlaku di Jerman pada tahun-tahun sebelum meledaknya Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua, ekonomi Jerman malah ekonomi Eropah semuanya dimiliki dan dinaungi oleh kaum Yahudi. Malah dari sinilah lahirnya fahaman Nazi yang ingin mengembalikan hak Jerman kepada Jerman.

Pandangan Nazi dan rasisme khususnya di Jerman, dan umumnya di Eropah, berlatar belakangkan kekuatan parti Komunis, parti Sosialis dan gerakan kaum buruh. Ketika ini SosialisRusia dilihat sebagai negara contoh dan menjadi idaman kaum buruh di seluruh Eropah dan dunia. Maka garis politik kiri dan parti Komunis dianggap sebagai musuh utama yang menghalang kelahiran Bani Aryan – kaum kulit putih yang seharusnya menjadi tuan untuk dunia.

Sayugia dingatkan bahawa di belakang parti Nazi Hitler adalah taikun dan tuan-tuan pemilik bank, tuan pemilik kilang besi, tuan pemilik kilang kereta dan tuan pemilik syarikat gergasi. Kaum industrialis Jerman dan para taikun inilah yang memelihara Hitler dan mereka yang sewaktu dengannya.

Apa yang ingin saya gambarkan, wujudnya persamaan apa yang berlaku di Jerman pada tahun-tahun 1930-an dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Apakah kenyataan saya ini keterlaluan? Apakah kenyataan saya ini tidak berpijak di bumi nyata?

Mari saya terangkan agar kita semua tidak mengambil sikap yang salah terhadap Isma atau Perkasa. Memang ramai akan ketawa apabila nama Ibrahim Ali disebut. Watak Tok Heng ini dilihat sebagai badut politik. Ramai yang yakin bahawa tidak ada apa-apa yang tersimpan antara dua telinga Tok Heng. Tok Heng dianggap sebagai katak. Awas!

Begitu juga dengan Isma yang dianggap lebai kampung yang mencari makan dengan menjual agama. Ahli Isma adalah mereka yang gagal dalam persekolahan lalu maka mereka berhijrah ke Timur Tengah untuk jadi tok Lebai. Sebenarnya pandangan ini mungkin tepat dan mungkin salah tetapi awas!

Hitler juga adalah seorang pelajar yang gagal untuk memasuki sekolah seni di Vienna. Kerana gagal dalam bidang seni Hilter menjadi soldadu. Pencapaian tertinggi Hitler hanya ke tahap tok sarjan. Tetapi awas dan waspada siapa di belakang Hitler, siapa di belakang Tok Heng dan Isma. Inilah yang wajib difahami.

Setelah PRU-12 pada 2008 berlangsung, saya amat yakin telah ada perbincangan yang teratur – perbincangan tentang taktik dan strategi untuk mempertahankan kuasa politik United Malays National Organisation. Ini mungkin perbincangan tertutup yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapa yang hadir. Mustahil perbincangan ini tidak wujud. Saya amat yakin ianya telah berlaku malah bukan satu perbincangan sahaja. Besar kemungkinan satu 'badan' atau satu ' jawatankuasa kerja' telah dimunculkan.

Ingati kembali sejarah bagaimana Khalid Samad telah mengakui yang dia telah terlibat dalam perbincangan sulit pada malam pertama eatelah Pakatan Rakyat mendapat lima buah negeri pada tahun 2008. Khalid dijemput untuk berbincang dengan Pak Lah dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan campuran ketuanan Melayu dengan parti PAS. Ini bukan fitnah. Ini fakta sejarah.

Perancangan ini wujud kerana pada hakikatnya sesudah PRU12 United Malays National Organisation telah bungkus. Maka dari sinilah munculnya strategi: Melayu/Islam/raja. Secara dirancang kita lihat bagaimana Hasan Ali yang kecewa tidak dapat menjadi menteri besar Selangor telah muncul dengan agenda karipap basi yang dipanggilnya Melayu, Islam dan raja.

Melayu, Islam dan raja ini sedang dijaja oleh Jati, Perkasa dan Isma. Tiga perkara ini disadur pula dengan hak keistimewaan Melayu. Dan sekali sekala tiga perkara ini akan dililit pula dengan Perlembagaan Persekutuan.

Apa sebenarnya raja, Islam dan Melayu ini? Siapa sebenarnya di belakang Isma dan Perkasa ini? Jika kita rajin, sila baca kembali sejarah kebangkitan Hitler di Jerman. Lihat dan fahami bagaimana di belakang retorik Bani Aryan yang berkulit putih bermata biru adalah kaum pemodal yang merasa tergugat oleh sokongan ampuh kaum buruh terhadap parti Komunis.

Jangan terperanjat di belakang Hilter yang dikatakan anti-Yahudi itu ialah kaum Zionis sendiri yang melihat projek Aryan Hitler ini akan membawa manfaat. Apakah kita hairan apabila dibocorkan bahawa Ibrahim Ali yang anti Cina juga pernah menjadi lembaga pengarah syarikat Vincent Tan. Dan siapakah agaknya di belakang Genting dan empat nombor ekor? 



sumber :  http://www.malaysiakini.com/columns/265139

http://pisau-karat.blogspot.com/

Monday, September 29, 2014

Kaedah menangani namimah

Kaedah menangani namimah
Saya tertarik di dalam kitab Sahih al-Bukhari pengarangnya menyenaraikan beberapa perkara dan etika ataupun tip yang perlu kita ambil dan gunakan di dalam menangani permasalahan namimah ini.
Pertamanya apabila seseorang itu memilih sikap tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh golongan manusia yang jenis nammam (pembawa mulut) kerana membawa mulut itu adalah orang fasik yang melakukan maksiat. Maka jangan benarkan diri kita mempercayai orang seperti itu. Allah SWT sendiri menyuruh supaya kita berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik. Firman-Nya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (Surah al-Hujurat, 49: 6)
Kedua, berusaha mencegah, melarang dan menasihatkan pelaku namimah. Dalam pada masa yang sama kita jelaskan kepadanya keburukan dan kesan dosa namimah ini pada pertimbangan neraca Islam.
Ketiga, kita hendaklah melahirkan rasa marah kepadanya kerana Allah. Ini kerana orang yang melakukan namimah ini adalah orang yang dimurkai oleh Allah. Maka kita sebagai hamba Allah perlu melahirkan kemarahan juga kepada orang yang dimurkai oleh Allah tetapi dengan kadarnya. Sekurang-kurangnya kita tidak terikut dengan segala perbuatan buruknya.
Keempat, kita perlu bersangka baik dengan individu atau pihak yang diadu-dombakan sebelum kita memastikan perkara itu. Mengadu-domba di dalam konteks masyarakat kita sekarang ini kesan buruknya sangat serius. Kadang-kadang fakta itu tidak tepat dan bersifat tidak pasti. Boleh jadi fakta itu sejenis penipuan dan sesuatu yang diada-adakan serta yang boleh melaga-lagakan para ulama, pemimpin dan masyarakat seluruhnya.
Kelima, jangan membiarkan diri kita terikut-ikut dengan gaya pengadu-domba itu sehinggakan kita juga terjebak melakukan perkara yang sama. Mungkin pada asalnya kita hendak memperbetulkan keadaan tetapi tiba-tiba kita tersalah kata, jadi kita juga terperangkap masuk ke dalam kandang yang sama iaitu kandang namimah.
Jadi kita perlu muhasabah diri kita agar lebih berhati-hati supaya kita tidak mencetuskan perbalahan ataupun permusuhan di kalangan masyarakat disebabkan an-namimah yang merupakan salah satu daripada maksiat lidah.
(Penulis adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia).

Antara maksiat melalui lisan ialah namimah pengadu domba

Antara maksiat melalui lisan ialah namimah. Maksud namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan di kalangan manusia. Imam an-Nawawi (wafat 676 H) mengatakan bahawa para ulama mendefinisikan namimah sebagai menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan di antara mereka (lihat: Syarah Nawawi untuk Shahih Muslim 1/214).

Di dalam bahasa Melayu namimah disebut sebagai ‘membawa mulut’ dan ‘mengadu domba’ Ini adalah salah satu jenis maksiat lidah kerana petikan itu dipindahkan melalui lidah. Antara sifat orang yang tidak beriman ialah hamaz iaitu suka menggelar-gelarkan orang dan mengadu domba. Di dalam al-Qur’an Allah berfirman maksudnya:

“Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (surah al-Qalam, ayat 10-11)

Dari Hudzaifah, beliau mengetahui laporan tentang adanya seseorang yang suka melakukan namimah (adu domba) maka beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda maksudnya;

“Nammam (orang yang suka mengadu-domba) itu tidak akan masuk syurga” (riwayat Imam Muslim, no 303).

Ini adalah dosa besar pada pertimbangan atau pada ukuran ulama salaf seperti yang dihimpukan oleh Imam Syamsudin az-Zahabi (wafat 748H) dalam kitab Al-Kaba-ir (Dosa-dosa Besar). Akan tetapi pada ukuran manusia pada hari ini, mereka tidak merasakan perkara itu sensitif dan besar kesalahannya sedangkan berdasarkan hadis Nabi SAW, ini adalah satu ancaman yang berat.