Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, September 21, 2014

Tolak yg mana lebih mudorat

Pendirian saya terhadap musibah dan fitnah yg sedang berlaku:

Setiap zaman ada fitnah tersendiri. Setiap kurun ada cubaan tersendiri. Peperangan Siffin berlaku antara sahabat. Itu zaman para sahabat ! Zaman perkembangan Mazhab juga ada fitnah tersendiri.... zaman tabi'een juga ada fitnah.

Bukan kah Allah telah janjikan kepada Kita akan ada fitnah dan cubaan. Allah menyebut janganlah kita berkira kira yg kita ini sudah beriman penuh selagi tidak didatangkan cobaan fitnah. Jangan berkira kira kita akan masuk syurga selagi kita tak difintah dan dicoba.

Realiti dunia akademik pun serupa juga. Jangan dok bercita cita nak masuk Universiti selagi kita tak mengambil peperiksaan demi peperiksaan.

Org yg lepas ujian dan fitnah itulah manusia yg dianggap berjaya. Realitinya ramai yg gagal berbanding yg berjaya. Lumrahnya begitu.

Org yg gagal, boleh dilihat dan dinilai . Semua org akan dapat lihat kegagalannya. Begitu juga org yg berjaya, semua org akan menyaksikan kejayaannya.

Sejarah peperangan Siffin telah kita saksikan sejarahya, walau pun dia sudah berlalu terlalu lama, tapi kita sudah dapat banyak pengajaran darinya. Ada yg telah menjadi khawaarij, ada yg telah menjadi syi'ah dan ada yg telah menjadi munaafiq hasil darinya.

Kalau ikut pandangan aqal kita, kita akan bertanya kenapa ini harus berlaku ? Kenapa antara Islam patut berlakunya pergaduhan, perselisihan dan perpecahan. Tak sepatutnya berlaku kerana Islam bukan begitu !!!!!!??????!!?

Siapa antara mereka yg selamat ? Siapa antara mereka yg benar benar di jalan yg betul dan selari dengan Islam ?

Semasa peperangan Siffiin, ada antara sahabat yg tidak menyebelahi mana mana kumpulan. Mereka tidak mahu bersuara. Mereka ber-uzlah, memencilkan diri beribaadat. Mereka terlepas dari fitnah.

Puak puak yg berbecah seperti khawaarij, syi'ah dan para munaafiq, asalnya ialah puak puak yg sayangkan Islam, sayangkan perpaduan tak mahu berlakunya perpecahan, tetapi mereka melampau dalam tindakan... keterlaluan mengkritik dan akhirnya mereka terkeluar dari landasan.

Nabi telah perpesan agar mengambil jalan sederhana dalam sesuatu pekerjaan. Jangan keterlaluan.

Salah satu sifat munaafiq ialah melampau dan fujur ketika berbalah. Benda yg kecil dia besar besarkan sehingga bertambah parah. Mereka mula menjalankan agenda mereka, mengapi ngapikan, menjalan dan menebarkan jarum jarum iblis agar perpecahan kecil akan menjadi besar.

Ada diantara mereka yg berterusan menyerang siapa yg mereka anggap musuh. Setiap hari dia akan menabur fitnah, menimbulkan kebencian org ramai hanya terhadap "seorang" itu sahaja. Kalau dah setiap hari dia memfokuskan kepada "seorang" itu sahaja, itu tidak melampaukah ? Normal lah kalau hanya sehari atau dua hari dia mengkritik... ini sampai setiap hari dan waktu tanpa ada peluang org yg dia serang menjawab. Jangan lah kita mengambil sikap fujur dan melampau dalam perbalahan. Ingat balik hadis Nabi berkenaan sifat org munaafiq.

Bagi org org pondok pasantren, akan berpegang dengan nasihat nasihat Tasauf, nasihat hadis dan nasihat Alquran. Bagi yg sudah lama menadah kitab hadis dan tasauf, akan berjumpa dengan masalah masalah ini semua. Akan berjumpa dengan cara cara untuk mengatasinya.

Sebab itu, sebelum ini saya kata , saya akan ikut nasihat dan perilaku org org pondok, para haafiz dan para guru pondok, kerana nur ilmu dan cahaya petunjuk sentiasa di depan mereka.

Org berilmu dan mengamalkannya akan terselamat dari segala fitnah ini. HANYA ORG BERIMU DAN BERTAQWA TAHU JALAN KELUARNYA !

Firman Allah =

قوله تعالى ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب

Dan sesiapa yg bertakwa kepada Allah, nescaya bagi jalan keluar dan diberi rezqi tak terkira kira.

kita kena yakin kata kata Allah ini dengan sepenuh hati tanpa ragu ragu.

Ada setengah org mahu mengambil keputusan keluar dari jama'ah dek kerana kekacaun dan perbalahan ini. Ada setengah mengutuk sekera kerasnya dan nak menyokong musuhnya semula. ADAKAH INI TINDAKAN YG BIJAK ?

Ini adalah tindakan org jahil dan tak tahu selok belok politik negara. Alasannya hanya kerana parti Islam dah tak boleh pakai dan "SAMA SAJA DENGAN PARTI TIDAK ISLAM"

Pada saya dia sudah silap perkiraan.

Dlm parti UMNO / BN juga ada perbalahan, dlm PKR juga ada perbalahan ... kalau tak banyak pun, tetap ada berbalahan... kalau kita ambil alasan keluar kerana ada perbalahan..... kita nak pilih parti mana ? Parti mana yg tidak ada perbalahan ?

Hatta dlm masjid pun ada fitnah... ada perbalahan... seolah olah perkara ini tidak dapat nak dielakkan lagi... sudah jadi kemestian (walaupun ianya ditegah dan diharamkan) tetapi ia tetap berlaku.... KALAU TIDAK IANYA TAK DINAMAKAN FITNAH !!!

Saya pernah lalui dan berpengalaman dalam organisasi persatuan dan pentadbiran masjid. Semasa puak UMNO mentadbir masjid, mereka tidak ada perbalahan dan sengkita. Adakah ianya bagus ? Bolehkah kita kata mereka baik dan bagus ?

Dalam tidak ada perbalahan dan sengketa... mereka sapu duit masjid, mereka songlap duit tabung. Berpuluh puluh ribu duit masjid mereka songlap. Mereka tak berbalah antara mereka (SEBAB OTAK MEREKA SAMA SAJA .. SE KUFUK).. TAPI MEREKA ADA PENYAKIT SONGLAP !

Adakah kita nak kata mereka bagus ???

Berbanding kalau puak puak PAS mentadbir masjid. Sekejap saja kita dengar ada perbalahan , perselisihan dan pertengkaran. TETAPI MEREKA INI TIDAK SONGLAP DUIT MASJID.... DUIT JALAN CANTIK ! Tidak ada ketirisan dan penyelewengan.

Mana lebih mudorat antara kedua duan situasi ini ???

Perbalahan dan pertengkaran boleh disesaikan... boleh berhenti dengan adanya campurtangan. Lepas itu bersalam salaman. Tapi kalau duit masjid dah hilang..... ada ketirisan.... ada pecah amanah ??????

MANA LEBIH MUDORAT ??

Kalau kita nak cari kesempurnaan... rasa rasanya sampai kiamat pun tak akan ketemui. Cuma kita mesti bertolak ansur... ambil jalan terbaik.... cari org tengah, bertenang... kembali kepada Allah dan Rasul.

ADAKAH ADA JALAN TERBAIK SELAIN DARI ITU ? SILA CADANGKAN !!!

Bayangkan kalau situasi ini terjadi dlm Negara ... dan saya yakin ia akan berlaku berdasarkan apa yg telah terjadi.

Tapi hendaklah kita menolak mana yg lebih mudorat.


https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204560974764974

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej