Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, September 30, 2014

MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI ?

MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI???

1. Semua negara dimana umat Islam tertindas di dunia melalui proses pembetulan sebelum mereka keluar dari menjadi lebih kuat, bersatu dan maju. Proses pembetulan ini seringkali dipanggil Revolusi Islam. Ada yang melabelkan proses pembetulan ini perang saudara, demontrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya.

2. Revolusi Islam selalunya terjadi apabila sebuah kerajaan samada raja atau parti politik memerintah dengan cara yang salah. Kuasa pemerintahan yang salah yang dimiliki manusia akan menimbulkan banyak penyakit hati. Manusia mempunyai nafsu tanpa had. Manusia yang mempunyai kuasa dan kaya akan lupa diri. Mereka menjadi sombong dan bongkak. Mereka termakan pujukan syaitan untuk terus mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun sehingga mengabaikan hukum hakam Allah. Akibatnya rasuah, penipuan, kronisme dan pelbagai penyakit masyarakat timbul. Di dalam juga Al Quran menceritakan mereka ini seperti namrud dan firaun.

3. Ada yang mengatakan apa gunanya semua ini jika menyebabkan kematian dan negara menjadi huru-hara. Hakikatnya negara menjadi huru-hara dan kematian bukanlah disebabkan kebangkitan umat Islam melalui Revolusi Islam. Keadaan ini terjadi kerana mereka yang berkuasa tidak mahu mengikut hukum hakam yang
telah ditetapkan Allah tetapi mengikut hukum selain Allah. Contohnya perlembagaan dan demokrasi. Mereka yang berkuasa juga tidak mahu kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi selama ini hilang dan terlepas dari tangan mereka akibat penyakit Wahan yang telah meresap dan sebati dalam hati mereka. Mereka yang berkuasa sebenarnya bertuhankan nafsu dan berkiblatkan syaitan.

4. Oleh itu apabila Revolusi Islam terjadi maka raja dan pemimpin dengan pantas menuding kepada umat Islam sebagai penyebab kepada kekecohan dan kemungkinan kematian. Hakikatnya raja dan pemimpin tidak sedar merekalah penyebab utama keadaan ini terjadi. Mereka tidak pernah mengakui bahawa merekalah penyebab sebenar pembunuhan dan kekecohan belaku. Jika raja dan pemimpin benar-benar bertolak ansur dan memenuhi aspirasi umat Islam kekecohan pasti tidak berlaku. Cuba bayangkan jika Mubarak terus meletak jawatan selepas didesak rakyat? Tiada kekecohan dan tiada siapa yang akan
terkorban!!!

5. Sudah tentunya pada awal Revolusi Islam sesebuah negara akan menjadi tidak menentu. Keadaan menjadi lebih getir dan payah. Apa yang terjadi sekarang di sesebuah negara adalah cabaran biasa di awal Revolusi Islam bagi sesebuah negara, sebelum mereka bangkit semula menjadi lebih maju dan mempunyai tinggi jati diri, lebih berani, lebih hebat!!!

6. Hampir kesemua negara dimana umat Islam tertindas sekarang telah melalui proses ini. Mereka semua melalui proses ini dan menjadi lebih maju dengan
jati diri yang lebih hebat terbina dikalangan umat Islam itu sendiri. Apakah mereka ini semua bodoh? Apakah mereka semua ini tidak mengerti? Sedangkan mereka ini semua sedang menguasai dunia…. Apa yang kita kuasai???

7. Proses Revolusi Islam telah menyatukan semua umat Islam di dalam sesebuah negara. Revolusi Islam juga akan mengangkat hero atau pejuang Islam yang sebenar yang benar-benar berjuang demi agama Allah ini. Raja dan pemimpin yang sombong, bongkak terhadap Allah dan mementingkan diri serta hanya mengkayakan diri sendiri dan kroni akan disingkir. Dengan itu Khilafah akan dapat diegakkan sementara menunggu Khalifah sebenar kita Imam Mahdi mengambil alih tampuk pemerintahan untuk memerintah ke atas umat Islam sedunia.

8. Revolusi Islam akan melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang tinggi. Semangat kecintaan kepada agama Islam dan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankannya berada pada tahap amat tinggi. Hubungan kalangan mereka akan menjadi semakin erat dan akrab melahirkan kesepakatan dan
kecintaan kepada agama Islam yang amat jitu dan kental.

9. Paling penting Revolusi Islam sesebuah negara mesti tidak dipengaruhi anasir luar. Sebuah Revolusi mestilah BENAR-BENAR BERSIH yang timbul dari hati sanubari umat Islam dan tidak dipengaruhi negara luar adalah satu keperluan dalam pembinaan jati diri dan semangat kecintaan kepada agama Islam.

10. Umat Islam pasti bangkit menjadi lebih bersatu dan maju di masa depan!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej