Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 19, 2014

ke mana politik nak bawa kita ?

Ini kata kata yg saya cedok dari blogger UMNO... penyokong BN.... di samping dia meluat kat pembangkang... rupa rupanya dia juga dah mula meluat kat BN / kerajaan yg ada sekarang..... 

apa kah hujjah kita pula ????

adakah kita punyai titik persamaan..... ???

******************* tulisan blogger UMNO ***************

Nak kemana kita ni..! nak harapkan pembangkang jauh sekali la memerintah dan mentadbir negara ni..! mentadbir seluar dalam sendiri pun failed..!

Takkan nak benarkan cina komunis memporakperandakan agama, bangsa dan negara? nauzubillah...!

Tapi bila melihat barisan kepimpinan politik negara pun kita jadi tak keruan..! kita jadi meluat..!

Dalam masa harga getah turun dari RM7 sekilo kepada RM1.60 semalam ada Menteri kata pendapatan isi rumah rakyat meningkat daripada RM5000 kepada RM5900..!

Dari saiz kueh yang sebesar separuh tapak tangan tinggal sebesar 2 jari...! saiz roti canai pun dah tinggal separuh pinggan..! memang harga tak meningkat tapi size semakin kecil Menteri kata hidup rakyat semakin senang..!

Berapa ramai yang tak boleh berniaga hingga cukup sebulan didalam pasar bulan ramadhan kerana pelanggan tidak datang 'menderu' untuk membeli juadah berbuka...sebab tu ramai yang sedang menanti untuk di senarai hitamkan kerana kegagalan membayar balik pinjaman..! Menteri kata rakyat hebat berniaga dan berjaya..!

Perdana Menteri kata rumah generasi kedua Felda dibina dan akan dijual dengan harga RM70 ribu tapi baru baru ni diumumkan pulak harga rumah tersebut bakal dijual dengan harga RM110 ribu..! cakap siapa yang rakyat nak dengar..! cakap PM pun berubah ubah..!

Kemana sebenarnya kepimpinan negara nak bawa kita?

Hutang negara hampir 700 Bilion..! Negara diserang oleh lanun hingga membunuh anggota tentera kita..! Kapal terbang hilang dan ditembak..! Bas jatuh gaung..! Bot tenggelam disungai..! Ditambah lagi dengan kejadian jerebu, panas hingga air kering kontang, tanah runtuh..! banjir besar..! alam pun seakan tak mahu bersahabat dengan kita..! kerana apa?

Kalimah suci umat Islam diperdagangkan...! Agama Islam mahu dinafikan..! Raja Raja dihina...! Bahasa Melayu terus menerus dicampak ke longkang..! Hak Melayu dan Bumiputera terus dirobek..! Perlembagaan mahu digubal..! Nak kemana kita???

Takkan rakyat nak disuap dengan Ihsan semata? Rakyat perlu diberi peluang..! peluang perlu dibuka seluas luasnya..!

Pemimpin terus main cantik..! main selamat..! mahu dilihat baik..!

Rakyat??? nak kemana?

Lu FIkir La Sendiri!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej