Org Melayu belum sampai 'standard' pemikiran politik yg sebenar.
KITA TAK FAHAM UTK APA KITA MENGUNDI Hari ini saya memberanikan diri utk Menonton berita TV3. Masya_Allah...bukan berita tapi kempen.
Jika bersandarkan kpd kempen BN di TV3 nyata mereka sudah kekeringan idea. Nyata kempen pilihanraya di Malaysia masih seperti era 70 an.
Mana tidaknya Muhyidin ke sana sini masih menceritakan perbezaan
pandangan hudud antara Karpal Singh dan PAS....heeee..apa ini awak
Timbalan Perdana Menteri.
Kes Karpal Singh bagi dkt JKKKK kampung ulas sudah lah.
Kita nak dgr TPM beritahu apa you boleh bagi pada rakyat utk
mengurangkan beban ekonomi. Sepanjang saya menonton berita tersebut, saya menantikan apa habuan yg masih ingin diberikan kpd rakyat. Yg memenuhi warna kempen politik Malaysia ialah skandal video seks, soal keamanan, negara ini akan bankrap jika PR memerintah...ucapan yg hanya layak utk org2 tua yg berumur 70 an atau 80 an ke atas.
Negara tak akan bankrap jika PM atau parti yg memerintah tahu menghormati undang2. Mahathir telah menghapuskan sistem perundngan keizinan daripada Yang DiPertuan Agong yg menjadikan dirinya sebagai kuasa sendiri menentukan projek yg ingin dilaksanakan.
Hanya PM di Malaysia sahaja yg setiap minggu pergi kempen terus sebut berikan bonus, dana dan apalagi...heeee ingat duit awk ke suka2 hati hendak dibelanjakan. Sedangkan manusia yg paling berkuasa di dunia, Presiden Amerika perlukan sokongan Dewan Senat utk budget tertentu. Sebab itu di mana2 negara mereka tak kisah Ketua Negara mereka siapa, kulit putih, bekas artis, bekas ahli sukan dan sebagainya kerana kewangan menerusi kelulusan bersama. Hanya di Malaysia PM la dia, Menteri Kewangan la dia...yg meluluskan dia.
Sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, negara2 luar setiap kali pilihanraya parti2 politik mereka bergaduh perihal inflasi, economic, infrastructural, jobs supply,
instructed, bell-out, kroni, salah guna kuasa dan lain2. Parti politik Malaysia
(khususnya UMNO) pulak bergaduh perihal lubang jubor, phone sex, seks
dan berusaha melondeh kain og lain. Apa untungnya pada rakyat ?
Politik di Malaysia ni mmg sampah. Org kaya begitu mudah memperbodohkan kita yg miskin. Kita yg miskin tanpa usul periksa menyokong.
Akhirnya yg susah membayar tol, membayar minyak dgn harga yg tinggi, membayar pembelajaran anak adalah mereka sendiri.
Betul lah Melayu itu terlalu taksub.
Org kita masih tak faham kenapa kita menyertai pilihanraya. Org kita tak faham apa itu politik dan kuasa yg ada pada mereka. Dulu lagi saya katakan kita boleh dari segi 'material' menjadi negara maju tetapi minda kita tidak sampai seperti minda negara2 maju.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej