Sifat dendam, fujur adalah sifat munaafiq... jauhi dia.....
Cuba bawa banyak istighfar, zikir kalimah tauhid bebanyak... insyaAllah selepas itu... anda akan terasa satu gerakan, detik yg positif yg keluar dari hati.... anda akan rasa tenang... dan anda akan rasa bersalah dan kecut hati. Ini adalah isyarat kepada dosa dosa yg terhakis sedikit demi sedikit.... Cuba lah dengan Ikhlas... InsyaAllah mujarab.....
Bukankah Allah menyebut, sesungguhnya dengan mengingati Allah, akan tenanglah hati dan Jiwa......Tidak yakinkah kita dengan Alquran ?
Masih ada lagi yg dok cerca TGHH dan Ulama.....
Kalau dia salah dan khilaf sekalipun, saya tak bimbang dengan dia, Org ada ilmu bila dia tersedar akan kesalahannya, dia tahu macam mana nak kembali rujuk kepada Allah. Dia tahu macam mana nak bertaubat. Dia ada hujjah di depan Allah
Tapi saya bimbang si jahil, Dia tak tahu jalan pulang, dia tak tahu pun apa dosa yg dia buat, dia tak tahu pun sejauh mana dosa yg dia buat, dia tak tahu pun sejauh mana kemurkaan Allah terhadapnya. Dia berterusan melakukan dosa dan noda. Dia tiada hujjah di depan Allah ..... berhati hatilah......
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej