Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, September 22, 2014

Bolehkah Wanita Menjadi Ketua?

Bolehkah Wanita Menjadi Ketua?

Biarpun apa definasinya samaada; wanita, kaum hawa, perempuan atau gadis, ia tetap terkategori jantina yang sama. Persoalannya, adakah golongan hawa ini layak menjadi ketua?

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan:

“Sungguh Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.

Kata beliau lagi: “Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).” (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Begitu juga terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Bakrah berkata:

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, beliau SAW lantas bersabda, “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)
Bilakah Wanita Boleh Menjadi Pemimpin?

Wanita boleh memegang tampuk pemerintahan hanya ketika mana memerintah sesama kaum mereka. Ini bukan diskriminasi Islam terhadap wanita, tetapi adalah keadilan. Keadilan yang diperuntukkan Islam berdasarkan kondisi penciptaan manusia sejak azali lagi. Dalam hal ini, misalnya para wanita disarankan mengambil tahu hal ehwal kewanitaan khususnya. Ini kerana di kalangan mereka lebih arif hal ehwal kewanitaan berbanding lelaki.

Sementara telahan, skop tanggungjawab wanita lebih kecil berbanding lelaki. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu – seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, mengandung, menyusui dan nifas – yang telah Allah SWT ciptakan buat mereka.

Sekiranya wanita itu diberi hak mutlaq untuk menjadi pemimpin... mereka juga sepatutnya diberi hak untuk menjadi wali dan haq untuk menceraikan !

Kalau lah begitu... sudah jadi kelam kabut !

Mengingkari perkara ini, bererti kalian mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya!

Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” (Al-Baqarah: 228)

Bahkan, wanita juga dibolehkan menjadi pemimpin – di atas pengawasan suami – untuk mengatur kehidupan rumahtangga. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW berbunyi:

“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)

Hati-hati Idea Liberalisme!

Dahulu kita pernah dikejutkan dengan fenomena Amina Wadud. Dia dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Sedangkan perkara ini samasekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini. Tanyalah mana-mana ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN.

Para pengamal liberalisme dan Sister In Islam (SIS) berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata seiring lelaki hatta dalam hal ehwal ibadah, perwalian dan urusan pemerintahan. Kerana itu mereka begitu berani melaungkan idea-idea kontroversi bagi menjayakan misi ini.
Justeru, sebagai muslim lagi mukmin yang berjuang dalam kelompok jemaah Islam, sewajar lebih TAHU dan JELAS tentang perkara ini!
sumber:http://www.faridrashidi.com/2011/01/22/wajarkah-wanita-menjadi-ketua/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej