⇨
ISLAM DI MALAYSIA SETELAH 56 TAHUN MERDEKA
ISLAM DI MALAYSIA SETELAH 56 TAHUN MERDEKA
Adakah mereka sempurna ? Adakah mereka bawa Islam sebenar ?
Sedih pilu terguris tengok video ni.
Sedih pilu terguris tengok video ni.
Apakah salah kerajaan Kelantan sampai dihina, dikeji, dikutuk sebegini rupa ? Ulama difitnah sedasyat dasyatnya. Rakyat di perkotak katikkan seperti kita ni tiada perasaan. Allahuakhbar.
Kutuk lah ulama kalau anda rasa anda lebih sempurna dari mereka. Tapi anda perlu ingat, yang dipersendakan tu adalah hukum Allah. Nauzubillah. Harap sangat Allah sempat buka pintu hati mereka mereka ni untuk bertaubat.
Ini lah jadinya kalau hukum hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin2 neagara itu sendiri , media2 dalam negara itu sendiri dan sekutu mereka yang bukan Islam mahu Islam agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya sebagai ganas, TIDAK ADIL dan tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini.
Mengapa di Malaysia Hudud diberi gambaran bahwa ianya suatu sistem undang2 yang tidak adil? (memberi imej negara Islam itu adalah negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam dll)
Perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat tapi kenapa pekara sebaliknya di sebarkan oleh sesetengah pemimpin negara maka lahirlah manusia2 jahil seperi mana didalam video tersebut?
Keadilan dalam Islam bukan semua adil pada logik akal , dalam Islam ADIL bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
" HUDUD ADALAH HUKUM ALLAH. PERINGATAN TEGAS DARI ALLAH"
Hukum Hudud ialah kesalahan jenayah yang melanggar hak-hak Allah iaitu melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan hukumannya adalah berdasarkan kepada nas, sama ada melalui AlQuran atau AlHadits. Ia meliputi keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda, ini telah ditetapkan Allah swt di dalam Surah An-Nisaa' Ayat 13.
Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej