Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihan raya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihan raya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu. Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti. Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dart mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu. Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti. Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dart mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.
Dalam politik berpilihan raya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak. Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka.
Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman. Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini merbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata. Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.
Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik atau pun fasik. Walaupun mereka sebenarnya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam. Misalnya, perempuan-perempuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tetapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan berdakwah di luar negeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu? Islam pura-pura!
Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar. Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin? Inikah negara Islam yang -kita cita-citakan? Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dan cinta kepada Allah semata-mata.
Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata.
Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling herkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pcmimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman! Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pcngalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa.
Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macam kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.
Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititik beratkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah! Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.
Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing tents dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal. Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam. Firman Allah: “Sesungguhnya tidak ada jawapan dari orang mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul menghukum di antara mereka melainkan ucapan: Kami dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An Nur : 51)
Melalui ayat ini, jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah. Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di mana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam.
Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin negara. Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat. Tidak ada nas secara jelas dan Qat’ie menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pemah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik . . . Tidak ada! Tidak pernah kita temui kalimah “Susu” ( ), maksudnya: “Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik.” Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti: Hendaklah kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Ini kalimah yang membawa maksud dakwah. Firman Allah lagi: Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. (An Nahl : 125) Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah. Dan hikmah yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah. Selanjutnya, Firman Allah: Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan. (Surah Al Maidah : 99)
Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan” melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat). Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan dart kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah. Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu… tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi.
Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam. Dari hati, tanpa dolak-dalik lagi. Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu secara otomatik akan digunakan untuk menegakkan perintah Allah. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas diri para sahabat. Sayidina Abdul Rahman bin Auf yang memang pakar dalam bidang ekonomi sebelum Islam, dengan sendirinya melaksanakan kehendak-kehendak syariat bila hatinya dipenuhi iman. Ertinya, Rasulullah cuma memberitahu polisi-polisi dan kehendak Islam di bidang ekonomi untuk dilaksanakan oleh Abdul Rahman bin Auf, yang memang sedia mempunyai kepakaran di bidang itu. Rasulullah tidak mengajar Abdul Rahman bin Auf berekonomi tetapi dengan menanam iman, kepakaran ekonomi itu dengan sendirinya digunakan untuk Islam.
Begitulah yang terjadi kepada para sahabat yang lain seperti Sayidina Ali, Umar, Abu Bakar, Salman dan lainlain. Kepakaran-kepakaran yang sedia ada pada peribadi mereka bukanlah diajar oleh Rasulullah, tetapi bila mereka telah beriman semua kepakaran itu dipergunakan untuk Allah. Jadi, mengenai kepakaran, kemahiran dan bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing terus dipupuk oleh Islam ataupun boleh diambil dari mana-mana pihak asalkan penanaman iman telah lebih dahulu dibuat pada individu-individu berkenaan. Bila iman mantap, dengan sendirinya polisi, dasar dan pelaksanaan bidang-bidang itu akan tepat mengikut syariat! Tetapi jika penanaman iman diabaikan, walaupun seseorang itu mempunyai kepakaran khusus di bidang agama sekalipun, namun kepakaran itu tidak akan dapat digunakan untuk menegakkan Islam. Buktinya berapa ramai orang yang mempunyai ijazah di bidang Usuludin, Feqah, Tasauf dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan Islam selaras dengan ilmu yang dipelajarinya. Ia pakar tasawuf tapi mendedahkan aurat, dia pakar Usuludin tapi makan riba, dia pakar ilmu feqah tapi tak sembahyang. Perkara-perkara ini lebih jelas terbukti melalui pengalaman kita semasa melawat dan berdakwah di Timur Tengah. Sedih bila kita lihat, ada guru (pensyarah) yang mengajar Usuluddin (aqidah) dengan memakai mini skirt! Ertinya dia mengajar aqidah tetapi amal lahirnya tidak beraqidah. Mengapa ini terjadi? Kerana dia hanya diberi ilmu aqidah tetapi tidak ditanam iman di dalam hatinya, maka akibat dari itu anggotanya tidak mencerminkan peribadi beriman.
Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat. Para ulama dan para da’i mestilah menjadi penasihat kepada pemerintah, bukan untuk merebut kerusi pemerintahnya. Para pendakwah wajib memberi nasihat. Kewajipan pendakwah atau para ulama ialah menasihati pemerintah dan menjadi kewajipan pula kepada pemerintah menerimanya. Jika pemerintah enggan ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para da’i telah pun melaksanakan tugasnya iaitu menyampaikan. Jadi kewajipan para da’i dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah. Kalaulah ulama dan para da’i mesti memerintah, mengapakah para-para ulama di zaman dahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara, sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah. Ini membuktikan: mengambil-alih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!
Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu di peringkat Makkah). Tetapi beliau menolaknya. Mengapa Rasulullah tidak memikirkan untuk bermain strateji dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam? Ini kerana Rasulullah sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dan tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah juga sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak boleh dibuat secara seorangan. Mana hendak dicari individu seramai itu, sedangkan masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima peraturan-peraturan Islam? Jika pun dapat dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini, Rasulullah tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.
Tindakan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti bejaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah. Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal. Malah semakin berjuang, semakin terhina. Ini bukan sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam di Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang seumpamanya di seluruh dunia. Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat, samada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip. Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat individu-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak Islam. Jarang benar para ulama dan para da’i memberi nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya, pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan nista antara parti-parti yang bertentangan. Ada pihak yang berpendapat, politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Feqah ia dihukumkan wajib aradhi. Ini berdasarkan kaedah usul feqah yang berbunyi:Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu dikira wajib juga.” Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga. Begitulah pendapat mereka!
Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak. Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada jalan-jalan lai n menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib. Contohnya, kita wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai tidak ada, air tasik, air laut dan sebagainya tidak ada.Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.
Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam. Ada berbagai-bagai jalan lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati syariat. Mengapa kita hams mengorbankan jalan yang jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi memperjuangkan Islam? Sudah tertutupkah jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis silaturrahim untuk menarik manusia kepada Islam? Tidak! Jalan-jalan ini masih terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar dakwah kita.
Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu samada secara sedar atau pun tidak. Mengapa? Ini kerana seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas dan tepat untuk menegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan yang berat! Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita terpaksa mengambil kaedah orang barat? Tidak sekali- kali. Sedangkan yang sebenarnya Allah SWT melalui Rasul-Nya telahpun menggariskan satu garis perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita. Mustahil kita tidak dapat melihatnya.
Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun yang berkata demikian ulama, terutama ulama-ulama politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid. Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin. Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin. Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama yang seorang itu lebih bemilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam agama.
Sebenarnya, usaha menegakkan negara Islam mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam, hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya. Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang masing-masing. Jadi jelas menunjukkan mengIslamkan diri itu lebih penting datipada meng-Islamkan negara kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendirinya tertegak Islam dalam negara. Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi-peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal! Sebab itu Hukamak ada berkata, “Tegakkan Islam pada dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu.”
Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka. (Surah At Tahrim : 6)Melalui a yat ini Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhirnya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya. Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat sekeliling.
Seperkara lagi, orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita hanya pandai berteori tentang kesempumaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak serpih! Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah memka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita? Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam samada Habluminallah mahupun Habluminannas dalam sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalan-amalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan? Jika tidak ada, maka orang akan bersungut, “Mana mungkin jemaah Islam itu dapat menegakkan negara Islam, sedangkan dalam jemaahnya yang sekecil itupun tidak mampu diisi dengan aktiviti-aktiviti Islam? Apalagi dalam sebuah negara yang lebih besar?”
Sebaliknya, jika amalan-amalan Islam dapat dilihat dalam sesebuah jemaah Islamiah (walaupun belum bertaraf negara) maka orang akan berkata, “Oh, jemaah ini, kalau takdirnya mendapat negara mungkin ia dapat menegakkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Kita boleh bernaung di bawahnya.” Inilah realiti yang mahu dilihat oleh masyarakat dan jika kita berjaya menegakkan model masyarakat yang kita seru nescaya mudahlah masyarakat menerima dan melaksanakan Islam. Tanpa paksaan. Tanpa tekanan. Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah? Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai altematif ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang dipersalahkan. Begitulah dengan amalan-amalan Islam yang lain. Hanya dengan itu, barulah masyarakat sedar rupa-rupanya jemaah Islam pandai membina, bukan hanya pandai mengkritik dan menyalahkan! Dengan adanya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini, terbinalah hubungan baik dan mesra antara orang ramai dengan jemaah Islamiah. Khidmat masyarakat yang diberikan oleh jemaah Islamiah secara langsung dan secara tidak langsung itu menjadi penambat hati sekaligus menjadi medan kepada anggota-anggota jemaah Islamiah untuk berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia. Inilah tujuan kita berjuang dan berjihad.
Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Jemaah Islam yang telah mewujudkan ekonomi, pendidikan, perubatan, media massa, kampung-kampungi pertanian, dakwah, hubungan luar negeri dan lain-lain aktiviti bercorak Islam dengan sendirinya kelihatan sebagai sebuah “negara” dalam jemaah itu sendiri. Jika kita gagal menegakkan “kerajaan” Islam dalam jemaah kita sendiri, mana mungkin kita dapat menegakkan kerajaan Islam dalam sebuah negara? Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem hidup cara Islam yang dibina dalam jemaah Islam itu adalah sebagai bukti keikhlasan para pejuang dalam perjuangarnnya. Mereka bukanlah inginkan kuasa dalam tugas mereka, tetapi semata-mata ingin melihat Islam berdaulat.
Khidmat masyarakat yang dijalankan oleh jemaah Islamiah mestilah dibuat setakat kemampuan dan tenaga yang ada. Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui jemaah yang telah kita kuasai. Tetapi jika melalui jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain. Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri! Lebih malang lagi jika sesuatu jemaah Islamiah itu bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal memberi khidmat kepada anggotanya sendiri. Kebajikan ahlinya terbarai, pendidikan anak-anak tidak disediakan, tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada ahli-ahli yang miskin tidak dibantu dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Ini akan menghilangkan keyakinan semua orang. Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah bahkan ahli-ahlinya nanti akan bosan dan akhirnya mengundurkan diri daripada perjuangan.
Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya ataupun di mana sahaja mereka berada. Mudah-mudahan perjuangan kita dinilai Allah.
SAJAK ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
SISTEM DEMOKRASI MAKIN KE HUJUNG
Apalah yang hendak dibanggakan dengan sistem demokrasi makin ke hujung
semakin membawa kecelakaan
Hasil demokrasi tidak dapat melahirkan pemimpin yang adil dan jujur
kepada bangsa dan negara apatah lagi kepada agama
Tidak kira berlaku di negara mana dan oleh apa bangsa
Hasil demokrasi masyarakat berpecah-belah, negara porak-peranda, ekonomi binasa
Ramai pemimpin yang menang secara kotor, paling tidak menjadi tanda tanya bagi yang berjaya
semakin membawa kecelakaan
Hasil demokrasi tidak dapat melahirkan pemimpin yang adil dan jujur
kepada bangsa dan negara apatah lagi kepada agama
Tidak kira berlaku di negara mana dan oleh apa bangsa
Hasil demokrasi masyarakat berpecah-belah, negara porak-peranda, ekonomi binasa
Ramai pemimpin yang menang secara kotor, paling tidak menjadi tanda tanya bagi yang berjaya
Undi boleh dibeli, rasuah boleh dibagi, untuk menang ada janji-janjinya
Musim seolah-olah mendapat ikan kena tuba atau durian runtuh oleh setengah orang
Rakyat yang tidak bertanggungjawab, pemimpin yang kotor memberi sogokan dan suap
Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan, rakyat jadi buah catur oleh tangan-tangan yang khianat
Rakyat umum menunggu pembela dari satu ke satu namun tidak kunjung tiba
Harapan demi harapan namun tidak menjadi kenyataan
Musim seolah-olah mendapat ikan kena tuba atau durian runtuh oleh setengah orang
Rakyat yang tidak bertanggungjawab, pemimpin yang kotor memberi sogokan dan suap
Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan, rakyat jadi buah catur oleh tangan-tangan yang khianat
Rakyat umum menunggu pembela dari satu ke satu namun tidak kunjung tiba
Harapan demi harapan namun tidak menjadi kenyataan
Di setengah negara kerana tidak puas hati hasil demokrasi rakyat demonstrasi
Kerana adanya wang, ada penipuan di dalam undian
Rakyat tidak puas hati, bercakap-cakap serata negara namun pemimpin tidak terasa malu juga
Apa perlu malu yang penting aku sudah menang, aku sudah berjaya dan ada kuasa
Yang tidak ada duit tapi mahu berjaya mencerca dan mengata, menfitnah dan menghina
Kerana adanya wang, ada penipuan di dalam undian
Rakyat tidak puas hati, bercakap-cakap serata negara namun pemimpin tidak terasa malu juga
Apa perlu malu yang penting aku sudah menang, aku sudah berjaya dan ada kuasa
Yang tidak ada duit tapi mahu berjaya mencerca dan mengata, menfitnah dan menghina
Tuduh-menuduh satu sama lain, hilang kasih sayang, hilang perpaduan di dalam negara
Di dalam demokrasi terpaksalah ada kroni, ada klik-klik, ada team dan kem
Ada orang aku, ada orang dia, ada orang depa setengah musuh jadi lawan,
lawan jadi musuh
Kawan tidak setia mudah dapat kawan mudah hilang kawan
Di dalam demokrasi terpaksalah ada kroni, ada klik-klik, ada team dan kem
Ada orang aku, ada orang dia, ada orang depa setengah musuh jadi lawan,
lawan jadi musuh
Kawan tidak setia mudah dapat kawan mudah hilang kawan
Penyakit demokrasi ini berlaku di dalam negara, berlaku di dalam parti seolah-olah sudah jadi budaya
Di dalam demokrasi payah mencari kejujuran, payah mencari kawan setia payah kata dikota
Di dalam demokrasi khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan perkara biasa
Bahkan di setengah negara bunuh-membunuh pun terjadi juga
Kemudian pemimpin-pemimpin demokrasi itulah juga yang berslogan: mari bersatu,
mari maju, mari bekerjasama
Bila rakyat tidak bersatu, bertindak balas terang-terangan atau senyap-senyap kerana mereka
Di dalam demokrasi payah mencari kejujuran, payah mencari kawan setia payah kata dikota
Di dalam demokrasi khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan perkara biasa
Bahkan di setengah negara bunuh-membunuh pun terjadi juga
Kemudian pemimpin-pemimpin demokrasi itulah juga yang berslogan: mari bersatu,
mari maju, mari bekerjasama
Bila rakyat tidak bersatu, bertindak balas terang-terangan atau senyap-senyap kerana mereka
Mereka menuduh-nuduh setengah rakyatnya, sebenarnya mereka lempar batu sembunyi tangan
Padahal rakyat rosak kerana mereka
Bukan rakyat buta mata, bukan rakyat bodoh semuanya
Tapi rakyat tidak mampu bertindak kerana mereka sudah dilemahkan
oleh pemimpin-pemimpin mereka yang buta hati yang celik mata
Padahal rakyat rosak kerana mereka
Bukan rakyat buta mata, bukan rakyat bodoh semuanya
Tapi rakyat tidak mampu bertindak kerana mereka sudah dilemahkan
oleh pemimpin-pemimpin mereka yang buta hati yang celik mata
Hasil nukilan
Abuya Ashaari Muhammad
Abuya Ashaari Muhammad
POLITIK KOTOR
Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan
Ia telah dijadikan gelanggang tempat mencari makan
Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran
Kerana tempat cari makan ia telah jadi politik wang
Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan
ladang yang penuh dengan tanaman
Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan
Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar
tempat mengeluarkan barang
Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan
Berebut-rebutlah mereka bergelanggang di dalam politik melalui parti politik
Ia telah dijadikan gelanggang tempat mencari makan
Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran
Kerana tempat cari makan ia telah jadi politik wang
Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan
ladang yang penuh dengan tanaman
Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan
Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar
tempat mengeluarkan barang
Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan
Berebut-rebutlah mereka bergelanggang di dalam politik melalui parti politik
Apa sudah jadi bukan bertarung dengan parti lawan, bertarung sesama sendiri
Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan
di sesetengah negara berbunuh-bunuhan
Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan
di sesetengah negara berbunuh-bunuhan
Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin menjaga negara dan rakyat dan agama
Maka lahirlah penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah
Lahirlah lanun-lanun terhormat, pencuri-pencuri berlesen mengaut wang rakyat
dan negara
Rakyat mengharap setiap musim agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka
Yang senang hanya segelintir, yang susah dan menderita itulah yang ramai
Tunggu lagi setiap musim pilihanraya
Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
Hasilnya sama juga
Maka lahirlah penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah
Lahirlah lanun-lanun terhormat, pencuri-pencuri berlesen mengaut wang rakyat
dan negara
Rakyat mengharap setiap musim agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka
Yang senang hanya segelintir, yang susah dan menderita itulah yang ramai
Tunggu lagi setiap musim pilihanraya
Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
Hasilnya sama juga
Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela
dari musim ke musim pilihanraya
Jawapannya sama juga, apa yang berlaku sebelumnya, berlaku perkara yang sama
Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi
Hanya mengharap dan mengharap, harapan tidak kunjung tiba
Begitulah terjadi di setiap pilihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela
dari musim ke musim pilihanraya
Jawapannya sama juga, apa yang berlaku sebelumnya, berlaku perkara yang sama
Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi
Hanya mengharap dan mengharap, harapan tidak kunjung tiba
Begitulah terjadi di setiap pilihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela
Hasil nukilan
Abuya Ashaari Muhammad
Abuya Ashaari Muhammad
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej