Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 19, 2014

Kenapa kita perlu satu exam yg sama ?

Setiap anak yang lahir ke bumi semuanya mempunyai keunikan potensi diri yang tidak sama dengan orang lain. Keunikan ini yang membentuk anak itu menjadi super leader, super scientist, super engineer, super doctors, super artist dan banyak lagi.
SEKOLAH menyamaratakan semua potensi itu menjadi satu piawaian yang sama dengan 1 peperiksaan yang sama.
Sebab itu negara seperti Jepun dan Finland tidak mempunyai peperiksaan kecuali peperiksaan kemasukan universiti sahaja. Maka mereka mampu lahirkan super-human capital. Mereka yang meminati seni akan gagal bila ambil peperiksaan kemasukan ke universiti kejuruteraan namun akan cemerlang dalam bidang yang diminati.
Buka horizon pendidikan melangkaui 4 dinding bilik darjah. Mengapa belajar dalam kelas sekadar 5 jam sehari semata-mata jika pelajaran boleh diterima 24 jam sehari sekalipun dalam tidur selepas keluar dari bilik darjah?
Hanya perlu kejutkan minda belajar untuk KAJI dan bukan sekadar MENGAJI. Ramai anak yang keluar dari sekolah hati ini HEBAT MENGHAFAL TEKS tetapi gagal MEMBACA KONTEKS.
Seperti monyet, gajah, tenggiling, tenuk semua kena ambil satu exam yang sama iaitu "panjat pokok". Adilkah?
SAIFUL NANG
Pemikir Konteksual Tanpa Teks
//jika dulu disleksia aku dilayan secara konteksual dan bukan teksual, hari ini aku mungkin Presiden USA

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej