Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, September 22, 2014

Perubatan melalui Al Quran

Tok guru hj wan sulong pondok pokok asam pernah kata kat saya, yob... hang tengok nanti, selepas aku mati, do'a dah tak dimakbulkan lagi, wangi pada bunga diangkat ke langit, hubungan silaturrahim dah tak ada lagi, keberkatan makanan pun diangkat.
Sekarang memang sudah nyata ! Lihatlah sendiri ! Rasalah sendiri !
Sebelum Alquran pulang ke tempat asalnya, roh Alquran akan pergi dulu... lihatlah ! Sekarang do'a Umat Islam dah tak menjadi.... kalau dulu sekiranya ada kecurian ada penginayaan org terhadap kita, kita baca yasin dan do'a tak lama selepas itu.... doa itu akan menjadi...SEKARANG TIADA LAGI......!
Tapi apa apa pun di sini saya nak sampaikan beberapa hikmah dan ubat dari Alquran. Bacalah... kalau tak makbul pun... sekurang kurang kita mendapat pahala
Perubatan melalui Al Quran
Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit rohani dan fizikal.
Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar ini sangat masyhur semasa zaman kegemilangan Islam. Tetapi setelah sekian lama, ramai dikalangan umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mukjizat Al-Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam dahulu.
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR
Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah (s.w.t) berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.
Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah (s.w.t), penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya.
Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
Ayat-ayat dalam surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotik.
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47, ayat 66 hingga 74 dan ayat 81 hingga 89 untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang) dan juga untuk peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
Ayat-ayat dari surah Al-Anbiyaa', surah Al-Qasas, surah Huud dan surah Kahfi khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
Ayat-ayat dari surah Yusuf dan surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
Ayat-ayat dalam surah Maryam, Anbiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
Ayat-ayat dari surah Mukminun, Yunus, Hud, Anbiyaa, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk pelbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
Ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej