Guru saya ( Kiyai Syukri) baru saja berpesan Agar jangan mudah menjatuhkan hukuman terhadap org musleem.. Insya Allah tuan guru..... SAYA DENGAR DAN SAYA TA'AT.
Mulai saat ini.... tiada lagi cercaan, tohmahan , syak wasangka, berburuk sangka, cepat menghukum sesama mukmin.
Dia berpesan lagi, kalau bertemu lagi dengan org fasiq, org yg tak mahu ikut hukum Islam, cuba berdakwah, bacakan Alquran dan Hadis, ajak dia mengaji mengadapa guru.
JANGAN MENCACI DAN MENCELA !,, Kerana kita tak tahu nasib dihujung umurnya. Kita pun tak tahu nasib di hujung umur kita.
Berapa ramai org yg ada pangkat tinggi di sisi Allah, matinya adalah mati kufur.
Dan berapa ramai org yg fasik lagi kufur sepanjang hidupnya, matinya adalah mati beriman ...
Betapa hairan kita, sepanjang umur seseorang itu , langsung tiada melakukan ta'at dan kebajikan, tiba tiba saat matinya... dengan beberapa sa'at saja dia akhiri hayatnya dengan bersyahaadah dan menyebut nama Allah.......!!!
Dan betapa hairan kita, sepanjang umur seseorang itu, senantiasa melakukan ta'at dan kebajikan, tiba tiba saat matinya... dia tak berupaya mengucap syahaadah !
Allah yg menentukan akhir hidup kita. Kenapa begitu... hanya Allah yg mengetahui.
Bukan kah Allah menyebut yg DIA memberi petunjuk kepada sesiapa saja yg DIA suka dan DIA juga menyesatkan sesiapa saja yg DIA suka.
Tapi Allah juga menyebut yg mafhumnya ..... Sesungguhnya kebajikan itu akan mengkifaratkan kejahatan.
Dan lagi Allah menyebut sesungguhnya rahmat Allah itu terlebih dekat dengan dengan kebaikan
: {إن رحمت الله قريب من المحسنين} (الأعراف:56)
Jangan pula nanti kita mengiktiqadkan, " tak perlu lah kita buat ibaadat dan solat" kerana mengharapkan mati yg husnul khatimah .....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej