Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, September 28, 2014

BERIKUT adalah beberapa fakta tanah rizab Melayu yang telah dirampas

BERIKUT adalah beberapa fakta tanah rizab Melayu yang telah dirampas dan tergadai oleh kerakusan kerajaan kepimpinan Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno. 

Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar (1995)

22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas

9 Ribu hektar Rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada Bukan Rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja diganti

Pada tahun 1990 seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambil alih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ
26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk New Town Ship

300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan

1993, sebanyak 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kolam udang
Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi diambil alih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar
217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserah kepada Singapura
Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun

http://nasronhashim.blogspot.com/2012/03/fakta-tanah-rizab-melayu-yang-dirampas.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej