Tidak mendapat tempat di dunia ini? Tidakkah tuhan boleh buat apa saja pada manusia sebagaimana tuhan boleh buat makhluk malaikat semuanya taat 100% padanya?
Di sinilah sesuatu yang manusia kena faham. Kita manusia diberi fikiran untuk memilih setelah panduan disediakan oleh tuhan melalui rasulnya dan para pewaris nabi lengkap dengan kitab alqurannya.
Jadi, pilihlah satu dari dua jalan. Kalau kamu pilih jalan melawan tuhan, kamu tetap diberi makan minum dan kesenangan. Tapi ingat, kesenangan yang kamu dapat itu untuk tempoh yang terhad. Sampai ajal, matilah kamu. Selepas mati, kamu akan dipaksa hidup balik tanpa terkecuali.
Masa itulah berlakunya PENYESALAN.
Jadi kalau pejuang kebenaran kalah di dunia atau menang, sama sahaja. Yang penting, kamu disukai tuhan atau kamu dibenci tuhan. Jadi bila pas kalah di pengkalan kubur, kita tidak patut merasa sedih kerana kita telah bekerja mencari kesukaan tuhan, keredhaan tuhan. Kalau menang, tapi merasuah orang miskin dengan microwave oven yang tidak berjenama, maka masing2 mengkelek atas motosikal, dan mendapat kemarahan tuhan, apa barang?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej