Sebagaimana Allah mampu menukar cuaca sekelip mata, Allah juga boleh menukarkan umat Islam kepada kemenangan tanpa perlu kita bersusah payah.
Tetapi apalah kiranya kemenangan Islam tanpa kita menyertai dan berusaha di dalamnya. Sesungguhnya Allah ingin kita merasai nikmat kemanisan kemenangan atas usaha tangan kita sendiri.
Pada suatu hari, Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Ra telah datang bertemu dan mengadu kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw pada waktu itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban .
Maka beliau bertanya kepada Nabi saw : “Wahai Rasulullah, apakah tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tuan tidak berdoa bagi pihak kita?Lalu berkata Rasulullah saw : “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian perkara itu tidak memalingkan mereka dari agamanya.
Demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan agama ini(Islam) sehingga musafir dari sana’a ke Hadrat Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh.” [riwayat Imam Bukhari]
Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri, penjara dan asakan senjata.
Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang. Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.
INGAT TUH !
Kalau kita tak berjuang tetap akan mati...
Kalau kita berjuang pun kita akan mati.......
Kalau kita berjuang pun kita akan mati.......
MAHU YG MANA ?
Ada org dok pertikai, kenapa doa kita tak dimakbulkan Allah. Mereka kata kerana kita di jalan yg salah dan sesat. Sebab itulah Allah tak makbulkan
****************
****************
Rakyat di zaman firaun dulu berdo'a selama 40 tahun baru Allah kabulkan.....
Ingat !!!! org yg zalim lambat laun akan hancur juga sepertimana firaun, kaum luth, kaum 'aad .. raja namruud ... kalau tidak kerana do'a org yg kena zalim.... dia akan musnah kerana kezaliman sendiri ....!
Bayangkan kalau ada org berhati mulia datang menyelamatkan kita ketikamana kita dirompak atau kita dinodai.... dan dia terkorban kerananya ????
Kalau berlaku di Malaysia sekali pun... org org seperti inilah yg akan ke depan mempersiapkan dada dan nyawa mereka demi org yg lemah dan di tindas...
Lihatlah beberapa pejuang di negara kita, mereka menentang dasar kerajaan dek kerana dasar itu menzalimi rakyat.. akhirnya mereka dituduh sebagai pengkhianat, dituduh di bawah akta itu .. akta ini...
Pehak penyokong kerajaan pun mencerca, memaki hamun melaknat pejuang ini... padahal pejuang ini sedang berjuang untuk mereka (pendokong kerajaan) juga !!!
Di mana akal kita ?
Di mana budi kita ?
Di mana ketelusan kita ?
Di mana keikhlasan kita ?
Di mana budi kita ?
Di mana ketelusan kita ?
Di mana keikhlasan kita ?
Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!! Di mana ???!!
Di mana ???!! Di mana ???!!
Di mana ???!!
???!!
Di mana ???!! Di mana ???!!
Di mana ???!!
???!!
News Feed
SINAR HARIAN:
Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.
MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.
Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?
Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.
SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?
MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.
SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?
MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.
SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?
MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.
SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?
MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.
Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.
SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman.
Apa reaksi Ustaz?
MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.
Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.
SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?
MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,
(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.
(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.
(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.
(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.
Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?
Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?
Org nak ilmu kena pergi kepada Ulama, nak cari hidayah .. pergilah kepada Ulama. Nak cari kebaikan dan kebajikan, pergilah kepada Ulama.....Nak tahu apa makna dan hakikat fitnah pergi lah berjumpa Ulama. Nak tahu kita berada di pehak benar atau salah, pergilah bertemu Ulama...
BUKAN KAH NABI ADA MENYEBUT ULAMA ITU BINTANG YG MENYULUH MENJADI PANDUAN KEPADA KAMU WAHAI MUKMIN.....
Apa hadiah yg sepatutnya kita berikan kepada mereka yg sanggup mati mempertahankan nyawa dan maruah kita ?
News Feed
5 Negara Islam Arab turut serta serang ISIS bersama iblis.....You pi mana masa saudaraku saudaramu Gaza di sembelih oleh Syaitan Israel....??
Dunia Islam ku..
Dunia Islam ku..
Kebaikan dan kebajikan tak bermula dari org lain, Ia bermula dari diri sendiri....
Jangan asyik dok memikirkan bila laah org lain nak buat kebajikan dan kebaikan...
Padahal kita belum melangkah ke arah kebaikan dan kebajikan
Sifat di atas terkena pada hampir semua org ... termasuklah diri sya sendiri...
....
....
Bila kita mula mengadap guru, alim ulama dan mursyid, mereka seolah olah nampak keburukan dalam diri kita (khasnya saya sendiri) ... lalu mereka menegur secara umum dlm kuliah pengajian... kita sangat terasa, sebab kita yg bawa perangai buruk tuuu !
Lama lama kelamaan, bila kita sentiasa istiqaamah dengan majlis guru guru mursyid, sikit demi sedikit penyakit tu dapat diubati... sekarang bila kita berselisih terjumpa dengan individu yg buruk fasiq.... hati kita dah tidak syak wasangka lagi... hati kita terus berkata... jangan mencerca.. jangan komplen...jangan berburuk sangka... tunjukkan akhlaq yg baik kepadanya... sabar dengan telatahnya, doakan kebaikan kepadanya....
tapi kalau dulu, sebelum kita menyertai majlis guru guru mursyid, hati kita cukup kotor, berburuk sangka, suka mencela, suka menghina.. keluar komen bermacam macam dari hati kita,..... itu menunjukkan hati kita tercemar dan busuk....
Marilah bersama guru guru yg soleh, mursyid......selalu bersama ulama... selalu menyertai majlis zikir.... insyaAllah sikit demi sedikit hati mazmuumah akan berubah.... walau pun tak banyak berubah.... perubahan yg sedikit itu cukup bernilai di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej