Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, September 20, 2014

Janganlah terlalu kecewa hingga meninggalkan jamaah

Bagaimana anda nak duduk dan buat pilihan bila Islam dan Ummatnya berkecamuk, berpecah belah ... terjadi satu fitnah besar hingga kita jadi tersangat keliru ....

Lebih 30 tahun lepas , tuan guru Hj Othman Lembik dari Tobiar kedah pernah menyatakan semasa majlis ilmunya.... Ummat Islam akan berbepecah belah sehingga tidak dapat lagi nak pecah dek kerana terlalu hancur.....
Sekarang... ianya dah berlaku.... baru berlaku ... sedang berlaku dan mungkin akan terus berlaku....

Ummat yg ada Iman akan jadi terlalu kecewa hingga ada yg hampir meninggalkan Islam.......????!!!

Ada yg ingin keluar dari Jama'ah... padahal Nabi menyebut beristiqaamah lah dlm Jama'ah Islam walau apa yg akan terjadi.....

saya boleh bagi perumpamaan dan misalnya begini :

Kalau kita bercita cita nak makan isinya kelapa dan airnya kelapa di masa hadapan, kita harus tanam kelapa ... JANGAN TANAM POKOK LAIN. Walaupun selepas kita tanam kelapa, kita dapati pokoknya kurus, lemah tak bermanya dan terjadi pelbagai penyakit... kita tak harus membunuhnya lantaran pelbagai masalah yg timbul.

Kalau kita bunuhnya dan diganti dengan pokok lain, maka sampai bila pun kita tak akan dapat merasai isi dan air kelapa tersebut......

.... dan kalau kita biarkan.... terus istiqaamah menjaga, menjirus serta merawatnya, insyaAllah satu masa nanti kita akan dapat hasilnya.....

TAK KANLAH SELAMANYA POKOK ITU AKAN TERUS BERMASALAH ?

Tak kanlah satu benih pun kita tak perolehi dari beratus pokok yg kita tanam tadi ? Walau semua pokok ini terkena penyakit, akan ada sekurang kurangnya satu pokok yg akan menghasilkan benih yg bagus dan baik.

Dari benih itulah kita mengharapkan cita cita kita tercapai.... tapi kalau dari awal lagi kita telah membunuh dan membuangnya.... ADAKAH KEMUNGKINAN KITA AKAN DAPAT MERASAI ISI DAN AIR KELAPA LAGI DI MASA HADAPAN ???

BOLEHKAH ???

KEKALKAN YG ADA, TUNGGULAH SEHINGGA PENYAKIT ITU DAPAT DIRAWAT... INSYA ALLAH KITA TAK AKAN MENYESAL....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej