Yg dok hentak org berilmu dan Ulama... Hadis dan Alquran ada dok sebut sebut kamu kah , sampai kamu jaki dan sakit hati kat mereka ?
Org dulu dulu cukup hormat dengan Ulama... sehingga mereka duduk terjauh jauh dengan Ulama pun mereka tak sanggup nak mengata yg bukan bukan.
Ada diriwayatkan, ulama dulu dulu... murid muridnya dapat melihat apa yg tertulis di Loh Mahfuz !
Satu hari mereka melihat nama guru mereka tertulis sebagai ahli Neraka... Murid murid sudah kelam kabut... ada yg sudah nak lari dari mengaji kat Ulama tu....
Akhirnya mereka bersemuka dengan Ulama tu.... Ulama pun menjelaskan "kenapa dok pertikai kerja kerja Allah ? kita bukan dijadikan untuk menilik dan menilai kerja kerja Allah....barulah murid murid puas hati... selepas itu barulah Allah mengubah tulisan Loh itu.....
Ulama dalam syurga
Dalam syurga juga ada ulama. Tujuannya supaya manusia dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta dari Allah (setiap hari Jumaat diadakan satu majlis bersama Allah). Allah kekalkan status ulama disana. Ketua ulama disana ialah Muaz Bin Jabal.
Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kalian kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama seraya berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaiman mereka memerlukan sewaktu di dunia. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)
Kelebihan Ilmu dan Ulama'
1.Telah bersabda Nabi S.A.W kepada Ibnu Mas'ud R.A..Wahai Ibnu Mas'ud bermula duduk pada lingkungan orang menuntut ilmu padahal tiada engkau memegang pena dan tiada engkau menulis suatu huruf pun terlebih baik bagimu daripada memerdekakan seribu hamba dan tilikan kepada muka orang yang alim itu terlebih baik bagimu daripada memberi seribu ekor kuda untuk berperang di jalan Allah dan memberi salam engkau kepada orang yang alim itu terlebih baik bagimu daripada berbuat ibadat seribu tahun.
2.Telah bersabda Nabi S.A.W bermula seorang yang alim itu terlebih keras atas syaitan daripada seribu orang Abid (ahli ibadah) dan daripada seribu orang wara'.
3.Telah bersabda Nabi S.A.W bermula kelebihan orang yang alim atas Abid (ahli ibadah) seperti kelebihan aku ke atas umatku.
4.Telah bersabda Nabi S.A.W barangsiapa berjalan ia kerana hendak menuntut ilmu nescaya diampun oleh Allah Taala baginya sebelum ia melangkah dengan suatu langkah.
5.Telah bersabda Nabi S.A.W permuliakan oleh kamu akan sekalian ulama' maka bahawasanya mereka itu pada Allah Taala teramat mulia.
6.Telah bersabda Nabi S.A.W barangsiapa menilik ia kepada muka orang yang alim maka suka ia dengannya nescaya dijadikan Allah Taala dengan demikian tilikan itu seorang malaikat meminta ampun baginya datang pada hari kiamat.
7.Telah bersabda Nabi S.A.W barangsiapa memuliakan orang yang alim maka bahawasanya ia memulia akan daku maka barangsiapa memulia akan daku maka bahawasanya ia memuliakan Allah Taala dan barangsiapa memuliakan Allah Taala maka tempatnya itu syurga dan barangsiapa benci ia akan orang yang alim maka bahawasanya benci ia kan daku maka barangsiapa benci akan daku maka bahawasanya ia benci akan Allah Taala dan barangsiapa benci ia akan Allah Taala maka tempatnya itu neraka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej